Menikmati pemandangan waktu senja di Pantai Cenang

Assalamualaikum. Ini yang last yer, Staycation 4 hari 3 malam ke Pulau Langkawi. Memang panjang betul dan banyak part sebab setiap tempat kita singgah ada ceritanya. Ini belum cerita bab makan yer. Restoran mana lagi yang kami singgah makan, kedai makan mana yang sedap. Itu nanti kita shortkan terus. 


Menikmati pemandangan waktu senja di Pantai Cenang | Orang cakap kalau pergi Langkawi rugi tak enjoy pemandangan senja kat situ. Tempat paling cantik nak tengok pemandangan matahari tenggelam adalah di Pantai Cenang. Lepas makan kat gerai tepi Airport Langkawi, kami terus gerak ke Pantai Cenang. Resort kami pun dekat je dengan pantai nie. 

Masalah kat Cenang nie parking je. Memang sesak dan susah betul nak cari parking. Kami sampai pun dalam pukul 6.30 macam tu. Mujur ada parking lepas beberapa kali pusing.


Cuaca cantik, matahari pun masih terik. Tapi enjoy jelah sebab tak lama dah matahari nak terbenam. Anak-anak Fiza pun sibuk main pasir. Sambil-sambil duduk tepi pantai order air kelapa fresh, memang nyaman betul rasanya. Walau pun begitu kepala otak dah serabut mikir kerja. Macam itulah kan, seronok bercuti bila dah habis akan kembali kepada rutin harian.



Tapi kita tetap enjoy. Ambil gambar banyak-banyak, cipta kenangan banyak-banyak. Record video moment-moment terindah. Penat jugak sambil berjalan sambil pegang handphone kat tangan nie. Biasalah dalam otak nie ada je yang nak buat. Ambil gambar nak update blog dan sosial media. Ambil video nak buat Reel dan Tiktok. Tak reti duk diam betul. Itulah Fiza punya perangai.




Tunggu punya tunggu matahari pun makin turun tanda waktu senja makin menghampiri. Meriah sungguh sekitar Pantai Cenang nie. Ada banyak aktiviti yang dorang sediakan. Fiza pun ingatkan nak naik juga belon yang dorang tarik dengan bot tu, tapi waktu itu dah terlalu petang dan senja. Macam tak elok pula kan. 

Just enjoy je apa yang ada kat pantai nie. Tengok gelagat anak-anak pun kita dah happy. 






Pemandangan senja kat sini memang cantik. Langit bertukar bewarna oren dan cantik sangat. Patutlah siapa yang tak datang sini memang rugi. View dia memang susah nak jumpa. 





Jadi berakhir sudah catatan Staycation 4 hari 3 malam di Pulau Langkawi. Syukur sangat sebab segalanya dipermudahkan. Cuaca pun baik. Sepanjang 4 hari, 1 hari je hujan itu pun di awal pagi. Tak jejaskan pun planning kami nak berjalan-jalan kat Pulau Langkawi ini.

Kalau korang nak tahu ke mana kami pergi sepanjang 4 hari berada kat sini, semuanya dah tulis kat blog, raji carilah. Banyak juga aktiviti dan tempat menarik yang kami sempat cover. Nak buat backlink macam malas pula. Haha.. 

Okay lah. Lepas nie kita akan story pasal camping pula. Haaa yang nie pun best tau. Pertama kali camping dengan anak-anak. Nak tahu persedian kami, boleh baca sini

Itu je buat masa ini. Terima kasih sebab sudi baca.

Wassalam. 

 

Post a Comment

0 Comments