Wajib singgah dan beli Gamat Nusantara kalau datang Pulau Langkawi

Assalamualaikum. Dah jadi trend kan, kalau sesiapa je yang datang Langkawi, balik je mesti bagi minyak gamat. Tak kisah la sedara mara, jiran, kawan opis pun macam itu juga. Memang confrim dia tu balik dari Langkawi. Tapi nak beli minyak gamat kat Langkawi memang senang. Mana-mana pun ada cuma kali ini Fiza pergi terus ke kilang memproses minyak gamat. 



Wajib singgah dan beli Gamat Nusantara kalau datang Pulau Langkawi | Pengeluar barangan berasaskan gamat di Pulau Langkawi, Nusantara Maju Enterprise yang terletak di Padang Mat Sirat. Kalau sebelum nie pernah beli kat kedai-kedai, harga pun mahal sedikit. Kali nie kita datang terus kilang gamat

Kebetulan takde pula pekerja yang memproses minyak gamat. Jadi tak dapat la nak tengok kan. Takpe, kita beli je apa yang dah ada. Sebelum tu macam biasa la habis satu kedai kita round. Macam-macam produk gamat ada. Bila datang sini rambang mata dibuatnya. Rasa macam nak beli semua. 



Tujuan asal memang nak cari minyak gamat yang warna hitam tu la kan. Tapi kat sini macam-macam jenis minyak gamat ada. Korang pilih la ada minyak gamat dengan kayu putih, serai wangi, jarum emas. Nak yang panas, tak panas, panas membara sehangat api. Haaaa pilih.



Produk lain seperti sabun, bedak, minuman, jelly, balm panas dan produk kecantikan berasaskan gamat semuanya ada di Nusantara Maju. Korang sediakan duit je. Sebab produk berasaskan gamat memang mahal tapi lagi mahal kalau beli kat luar. Nak jadikan cenderahati memang boleh sangat minyak gamat hitam tu. Sebab yang tu dorang jual secara karton. Beli banyak murah la sikit.








Puas hati datang sini. Segala jenis minyak Fiza beli. Termasuk minyak resdung untuk Thaqif. Ma punya tak sempat nk snap, tapi Ma banyak beli minyak gamat, nak bagi kat jiran-jiran. 


Pagi tadi Island Hopping, boleh baca sini, lepas balik mandi solat kat resort, terus ke tempat beli gamat. 

Husband dah planning hari kedua, petang kami akan adakan sesi membeli minyak gamat, coklat dan perfume. Settle beli gamat, next destination Kompleks HIG. Mesti korang pun tahu kan HIG tu apa. Haaa nak pergi cari coklat. Tak sabarlah, tak tahu la habis berapa pula shopping kat HIG nanti. Beli gamat pun dah habis RM 150. Kalau dah berjalan, tutup mata jelah. 

Next story shopping coklat kat Kompleks HIG. Tak pernah lagi datang sini tau. Tunggu kita review, betapa meriahnya coklat kat sini.

Wassalam.

Post a Comment

0 Comments