Happy Graduation Day 2021 buat Thaqif Khalaf

Assalamualaikum. Kali nie nak story pasal anak bujang kita yang dah masuk umur 7 tahun pada tahun ini. Jadinya disebabkan covid-19, Thaqif banyak habiskan belajar di rumah selama 2 tahun. Sayang jugak kan tapi apa boleh buat.


Happy Graduation Day 2021 buat Thaqif Khalaf | Ingat lagi, awal tahun 2020, masa itu Thaqif baru masuk tadika. Hujung bulan Mac 2020 satu Malaysia kena kuarantin. Mama pun mula jadi teacher di rumah. Zoom kelas seminggu sekali. Tapi homework dapat setiap hari melalui Whatsapp. Strunggle sungguh waktu itu. Biarlah orang cakap Thaqif muda lagi, baru 5 tahun, tapi mama tak peduli. Anak kita, kitalah yang kena bentuk dan ajar. 


Lepas tu, tak ingat jugak lah kan, kejap ada kuarantin, kejap boleh pergi tadika. Time tu pun student terhad. Seingat Fiza kelas Thaqif ada 7 orang je yang nak sambung. Sebab yuran mahal, macam tak berbaloi yang kita juga kena mengajar. Jadi bagi yang rasa macam itu, dorang terus berhentikan anak-anak. Fiza tetap teruskan. Bayar macam biasa tiada pengurangan yuran langsung.


Berkat kesabaran, 2 tahun juga mengadap situasi PKP nie. Dah nak penghujung tahun 2021, Thaqif dapat teruskan semua belajar di Montessori. Mungkin dalam sejarah kot, dalam kelas Thaqif untuk umur 6 tahun, ada 9 student je yang berjaya graduate. 




Ini semua kenangan belajar waktu PKP. Banyak sungguh cabaran, belajar SOP, anak-anak tak boleh bergaul rapat, dalam kelas duduk jarak-jarak dan paling kesian perlu pakai mask sepanjang masa. Semuanya kenangan. Paling best Thaqif dapat habiskan belajar di Tadika dan siap ada gambar graduasi sekali. Mama akan simpan elok-elok. Dah besar nanti Thaqif boleh tengok. 

Alhamdulillah, sekarang nie Thaqif dah masuk darjah 1. Dulu tak pandai baca sekarang makin bijak. Dah boleh ajar Huwainaa membaca. Mama simpan sini kisah Thaqif, bila-bila nanti Thaqif boleh baca blog mama.

Wassalam.

 

Post a Comment

0 Comments