Senarai 25 barang penting yang perlu ada sebelum dan semasa ber 'Camping'

Assalamualaikum. Trend camping @ glamping nie sebenarnya dah lama. Tapi kami baru nak berjinak-jinak dalam hobi bercamping nie. Bukan apa, kadang-kadang ketenangan perlu dicari dengan cara "Back to Nature". Salah satu cara adalah dengan bercamping.


Tak dinafikan modal untuk mula hobi camping nie boleh tahan kosnya. Mana taknya, barang-barang camping selalunya tahan lasak, ringan, senang nak dikendalikan dan kalau jenis pandang brand, lagilah tinggi kosnya. Macam kami, kami pilih untuk dapatkan barangan camping di Decathlon. Harga mampu milik untuk golongan campers amatur macam kami nie.

Berapa kos yang kami dah habiskan untuk mula bercamping? Nanti Fiza share. Tapi yang pasti berbaloi dengan pengalaman yang kami dah dapat. 3 campsite kami dah terjah untuk tahun 2022. Beli barang bulan Feb 2022, mula camping awal Mac 2022.


Sebelum nak mulakan camping, korang perlu pastikan peralatan yang ada cukup. Kami memang buat banyak carian. Join group2 camping yang ada, baca pengalaman. Bila dah ready barulah mula membeli barang.

Berikut senarai barang paling penting yang perlu ada sebelum dan semasa 'Camping'

1. Kenderaan

Ada 4x4 satu bonus. Ada MPV pun boleh, macam kami nak settlekan masalah barang banyak, tambah roofbox. Pasang kat Nilai, N9. Lagi pun roofbox memang banyak kegunaan. Bukan sahaja nak isi barang camping, nak balik kampung pun senang kalau barang banyak.


2. Khemah Famili / Family Tent

Wajib ada. Pilih la nak besar mana janji korang selesa nak duduk dan stay dalam tu. Kami ada 2 khemah satu jenama TAHAN dan satu lagi Inflatable camping tent - air seconds. 

Inflatable camping tent - air seconds


3. Fly Sheet

Penting sebagai bumbung atau lindung tempat memasak. Mana tahu tiba-tiba hujan, fly sheet main peranan.
4. Ground sheet

Peranan ground sheet nie nak elak khemah rosak. Elok lapik dulu ground sheet dan barulah naikkan khemah.

5. Tali

Banyak fungsi tali nie, nak buat ampaian baju, nak ikat fly sheet dan awning. Elok ada.

6. Peti Kecemasan (First Aid Kit)

Bila berkhemah kita akan terdedah dengan risiko kemalangan kecil terutamanya jika kita ada anak kecil.
7. Pisau kecil

Pisau kecil memang banyak kegunaan. Nak potong tali, nak potong plastik bungkusan makanan. Just standby je.. ada la gunanya nanti.


8. Lighter

Sama macam pisau kecil, sebab lighter nie kegunaan dia banyak dan penting kalau pergi hiking.

9. Tilam dan bantal

Nak tidur selesa, carilah tilam dan bantal yang sesuai. Ada sleeping bed pun best. Macam kami prefer untuk beli tilam angin. Muat 4 beranak. Jangan lupa bantal. Baru best tidur macam tiduk dalam bilik.


Beli di Mr. Toy
Bantal camping --> beli sini https://shope.ee/8ensi5hPbk


10. Dapur gas mudah alih

Kalau camping wajib masak. Dapur untuk memasak memang ada banyak jenis dan mahal-mahal harganya. Tapi kami pilih untuk beli dapur jenama pensonic je. Harga pun dalam 100 lebih je. Ingat nak upgrade juda, dapur jenama KOVEA ke.. tapi tunggulah ada rezeki lebih nanti.



11. Peralatan memasak dan karbinet dapur

Nak rasa macam memasak kat rumah, beli je karbinet dapur. Barang camping nie memang mahal tapi semuanya boleh lipat, senang pasang. Yang nie husband beli kat Shopee. Siap ada ruang simpan barang makanan bertutup dan berzip. Tak risau lalat atau serangga yang datang menyerang.

Nak best tambah kitchen set. Dalam tu ada papan pemotong, senduk, pisau pemotong sudip dan gunting. Nak bawa pun selamat sebab didatangkan sekali dengan beg.

Karbinet dapur

Kitchen set lengkap

Seasoning Bottle set dan bekas telur


12. Lampu Suluh, lampu kepala

Jangan lupa lampu suluh. Dapat campsite yang malam tak de lampu, alamatnya bergelaplah korang. Kami ada lebih kurang 10 lampu, tak termasuk lampu kepala sebiji sorang. Anak-anak pun kami belikan lampu kepala. Tak la tersadung batu waktu malam walaupun nak ke tandas.



13. Cooler Box

Nak bawa peti ais memang tak boleh, jadi bawa cooler box. Jenama Quechua nie memang terbaik setakat nie yang kita pakai. Ada ais, barang basah boleh tahan 3 hari dalam cooler box nie.

Pendek kata memang peti ais terbaik untuk dibawa bercamping dan berkelah tepi laut.



14. Pakaian camping (pakaian dan kasut)

Bab pakaian pun mainkan peranan juga. Kalau waktu malam, dalam hutan, tepi sungai memang sejuk. Bawa pakaian yang sesuai. Seluar track yang kalau beli kat Decathlon ada yang jenis cepat kering kalau basah. Memang best pakai. 

Untuk tudung, Fiza banyakkan sport hijab. Kain jersey yang tidak panas dan cepat kering. Begitu juga dengan baju. Seboleh-bolehnya pakai pakaian yang sesuai dan selesa. 



15. Kipas mudah alih

Musim panas kalau tiada kipas boleh mengamuk dibuatnya. Jadi cari portable fan. Jenama terbaik adalah Opolar. Kami dah ada koleksi 3 kipas, kepit, berdiri dan duduk. Jenis charge dan bateri dia pun lama bertahan. Untuk yang jenis berdiri, ada bateri spare, memang korang tak kan panas dengan Opolar nie.



16. Power Bank

Tak kisah berapa berapa MAh, yang penting ada. Macam kami memang standby satu 80k MAh. Boleh bertahan 3 hari. Boleh caj henpon, lampu-lampu dan radio kalau habis bateri. Tapi selalunya caj henpon la kan.



17. Wagon / transport cart

Korang yang bawa banyak barang, elok ada wagon nie. Kawasan khemah pun akan lebih tersusun bila ada wagon. Sumbat je semua dalam dia. Tak serabut kepala.



18. Meja makan / Camping foldable table dan peralatan makan

Nak makan dengan selesa, boleh hidang makanan elok-elok, properlah kalau ada fordable table kan. Kat Decathlon ada folding table nie siap dengan 4 kerusi lagi. Kalau nk berkelah pun tak perlu bentang tikar. Lagipun ia mudah dibawa dan tak makan ruang dalam kereta.



19. Kerusi dan meja tamu

Nie sebenarnya pilihan. Tapi tak kan nak duduk atas tanah lapikkan ground sheet atau tikar. Alang-alang dah ada khemah, jom buat ruang tamu mini. Beli comfortable folding camping chair. Susun-susun sikit dah jadi ruang tamu. 



20. Makanan dan air mineral

Mana boleh lupa makanan kan. Nak senang bawa je paket Meals Ready To Eat, makanan dalam tin, cuma panaskan. Tapi kalau dah ada cooler box, boleh la bawa makanan mentah seperti ayam dan daging. Dapur pun ada, jom memasak macam kat rumah.



21. Mosquito Repellent Patch

Wajib ada. Terutamanya nak halau nyamuk. Tampal je kat badan kita dan anak-anak. Sure nyamuk, lalat, lebah pun dah datang.

Selamat tinggal nyamuk


22. Tempat gantung periuk

Perlu ke? Bagi Fiza memang perlu sangat. Ini semua nak pastikan set up dapur khemah nampak kemas dan menarik. Banyak jual kat shopee. Nak yang tinggi, yang banyak hooks semua ada.

Peralatan memasak lebih tersusun dan kemas



23. Portable Carpet

Nak bagi khemah nampak kemas macam dalam rumah, adakan portable carpet nie. Beli karpet yang comel-comel nampak la dalam khemah comel je.

Alas khemah dan karpet


24. Portable Foldable Camping Bed Cot

Katil lipat boleh alih. Orang lelaki memang suka katil macam nie, boleh letak tepi sungai, baring bawah pokok. 

Katil medan --> beli sini https://shope.ee/40239A7n0q


25. Camping Fordable Bucket

Reka bentuk boleh dilipat untuk memudahkan dibawa dan disimpan. Baldi ringan untuk snek perkhemahan, buah-buahan dan minuman. 

Boleh buat tadah air - 
beli di shopee --> https://shope.ee/7evLVpiJfN

Sebenarnya banyak lagi barang-barang camping yang perlu ada. Tapi Fiza akan update dari masa ke semasa. Berapa kos semua setakat nie? Kos asas barang khemah hampir RM15k. Itu pun banyak lagi kelangkapan yang kami masih cari untuk keselesaan kami sekeluarga dan kalau boleh kami tak nak ada sebarang kekurangan.

Setakat nie dah 3 campsite kami pergi. Nak tahu campsite yang mana best, campsite mana ada sungai best. Fiza akan update untuk next entry. 

Wassalam.

Post a Comment

2 Comments

  1. banyak keperluan rupanya untuk berkhemah ni

    ReplyDelete
  2. Ni budjet besar nih... Kami camping bajet punya... Hehe....

    ReplyDelete