Kak G Ikan Bakar Desa Permata, port makan malam ikan bakar best kat Langkawi

Assalamualaikum. Staycation memang tak lengkap kalau tak cari port makan best. Nak cari yang viral takut beratur panjang. Kalau sedap tak pe, ini kang viral je lebih, makanan ala kadar je. Tapi untuk port makan best di Langkawi, husband dah survey untuk dinner kat Restoran Kak G Ikan Bakar Desa Permata. 


Kak G Ikan Bakar Desa Permata, port makan malam ikan bakar best kat Langkawi | Port nak makan ikan bakar nie memang best. Pak Ndak kami pun suggest makan kat sini. Jadi kami pun ajak la sekali Pak Ndak dan Mak Ndak, belanja dorang sekali. Dah la jarang jumpa, bila dah datang Langkawi, nie lah masa nak makan sama-sama. 



Sambil tunggu makanan sampai, banyak perkara nak sembang dengan Pak Ndak. Sebelum nie bukan tak pernah berjumpa, last masa raya tahun 2019. Lepas itu terus pandemik. Bila dah sampai Langkawi, boleh la bawa Ma dan Abah berkenalan sekali dengan bapa saudara Fiza nie. 

Ada lala, ikan siakap masak 3 rasa, kailan ikan masin, udang celup tepung

Menu utama ikan bakar. Korang boleh pilih ikan apa nak. Tapi jangan lupa tanya harga dulu yer. Kang tak pasal je jadi macam kes ikan siakap kat Langkawi tu. Sebab kami nie pun makan kat Langkawi.. hehe.. Lepas confirmkan saiz ikan, harga ikan, baru suruh dia masakkan. Barulah rasa lega, bukan nak berkira tapi takut terkejut beruk. Tapi sebenarnya harga makanan kat sini standard je. Tak mahal mana. 

Kami order makanan yang biasa, ada ikan, udang, lala dan nak berkuah sedikit order la tomyam. Win sebab ada ulam-ulaman dengan sambal belacan. Itu yang buat tambah selera bila makan kat Langkawi nie. Kita pula tak boleh tengok ulam-ulam nie. Cicah sambal belacan boleh berpinggan-pinggan tu.

Diapit Pak Ndak dan Mak Ndak

Memang puas hati makan kat sini, harga makan pun murah kalau nak dibandingkan dengan harga kat Selangor tu. Tapi tulah kan, makan kat Restoran ikan bakar, ikan bakarnya mana? ada korang.. kita je tak sempat nak ambil gambar. Kami ambil 2 jenis ikan, nama ikan pun tak ingat.. haha.. Maafkan saya sebab segan juga nak ambil gambar kan bila ada sedare. Kalau kita-kita je okay la jugak. 

Itulah, sambil makan buat gathering sekali. Lepas salam, harap ada umur jumpa lagi, kami pun terus gerak ke Pantai Cenang sebelum Maghrib, resort kami kat sana kan. Misi tak habis lagi sebab tak settle mencari perfume. Tapi cerita tu dah up yer.. boleh baca sini --> Tempat best nak shopping Coklat dan Perfume di Langkawi

Next kami akan ke UnderWater World. Best ke tak, banyak ke ikannya. Tunggu.

Wassalam.
 

Post a Comment

0 Comments