Family Camping Journey | Sekali lagi repeat camping kat Campsite Dusun Pak Abu

Assalamualaikum. Bila bersembang dengan kawan-kawan yang bukan campers, dorang akan cakap kami hanya follow trend. Tak kisahlah follow trend ke apa, kalau semata-mata nak follow trend, tak berbaloi berhabis duit sebabkan trend, bukan seratus, dua ratus, beribu tu. Jadi untuk elok bersembang dan bergaul dengan sejenis toksik, baik kita tulis kat blog je. Komen toksik memang tidak akan dipublish. Kan senang. 


Family Camping Journey | Sekali lagi repeat camping kat Campsite Dusun Pak Abu | Kami pun tak nak tergolong dalam golongan follow trend nie. Kami harap kami terus istiqamah dalam dunia camping nie sebab bukan kita je suka, anak-anak pun selalu tanya bila nak camping. Siapa yang tak pernah camping, try la sekali dengan barang yang minimalis dahulu. Kita tengok setakat mana kita terkena racun jiran campers bila dah mula bercamping.


Abaikan golongan toksik yang lebih kepada dengki, baik kita sambung story camping. Kami repeat lagi di Campsite Dusun Pak Abu, Batang Kali. Family camping kami sepakat untuk datang ke sini sekali lagi disebabkan suasana, kemudahan dan keselamatan yang sangat baik. 



Cuma kali ini Fiza upkan sikit set up untuk khemah kami. Tak nak minimalis. Kali nie nak maximalis. Set up macam tak nak balik dah tu. Bukan apa, rasa puas hati bila semuanya lengkap. 


Video pasang khemah 
@fizaizawa Set up #arpenezairsecond #campsite #dusunpakabu #airseconds #fcm #campers #camping #familycampingmalaysia ♬ My Money Don't Jiggle Jiggle, It Folds - MADAX


Set up khemah dengan awning baru



Set up khemah dalam khemah





Set up khemah dapur / tempat memasak








Aktiviti mandi manda di sungai 







Pemandangan Tapak Tanjung dari atas 





Aktiviti memasak dan makan








Jiran-jiran campers tegar







Camping memang best, sekali dan terjebak, mesti nak teruskan lagi. Cuma nak booking tapak khemah sekarang semakin sukar. Lambat booking mesti habis. Tambah pula kalau datang dalam group yang besar. Group kami pun dalam 10 family, kalau nak booking memang kena rancang 2 hingga ke 3 bulan. 


Kalau nak baca pasal campsite nie, boleh klik link yang Fiza share kat atas, atau korang search je kat blog nie sebab dah pernah cerita kan. Kali nie more update pasal barangan khemah dan upgrading barang-barang je. 

Nak tahu campsite untuk kali kelima kami bercamping. Korang kenalah rajin singgah blog Fiza nie yer. Nanti ada masa Fiza akan update. 

Wassalam. 

Post a Comment

0 Comments