Tempat best nak shopping coklat dan perfume di Pulau Langkawi

Assalamualaikum. Jom sambung mengarang lagi. Hari kedua di Pulau Langkawi. Memang pack betul jadual kami. Tiada rehat kecuali untuk solat dan makan. Mana taknya, pagi kami buat Island Hopping, lepas tu terus ke kilang minyak gamat Nusantara. Destinasi seterusnya ke Kompleks Haji Ismail Group @ Kompleks HiG Duty Free Mall. HIG ada 3 kat Langkawi nie, tapi kami pilih yang kompleks nie.

Kompleks Haji Ismail Group, Jalan Penarak


Tempat best nak shopping coklat dan perfume di Pulau Langkawi | Minyak gamat dah, misi seterusnya coklat dan perfume. Wajib beli tau kalau datang Langkawi sebab duty free, jadi harga dia sedikit murah. Sikit je murahnya. Nak kata murah sangat tu taklah tapi alang-alang dah sampai, beli jelah banyak-banyak. Lagi pun ramai yang menunggu souvenir kami nie. Yang tak tunggu pun kami nak bagi. 


Keadaan agak lengang jugak. Almaklumlah bukan cuti sekolah. Lepas itu semalam kami bersembang dengan Pak Ndak dan Mak Ndak, Mak Ndak memang anak jati Langkawi. Kebetulan feri pelancong dari Kuala Perlis tak beroperasi, jadinya kuranglah sedikit pelancong. Jadinya yang ada pun mereka yang naik flight macam kami atau pun datang lebih awal. Walaupun feri tak jalan hari kami ada kat Langkawi, pelancong tetap ramai. Tengok kat Pantai Cenang malam tadi, parking tepi jalan penuh sampai jem pekan Cenang.

Pertama kali masuk HIG. Budak-budak nie lagilah, naik juling mata tengok macam-macam jenis coklat ada. Kalau tak kawal segala coklat dorang masuk dalam troli tanpa kesedaran mama dan dedi.

Dorang nie kenal Cadbury je mula-mula

Ini baru sebahagian tempat coklat

Mama pun dah aim coklat mana nak beli. Favorite sangat coklat Whittakers. Kati sini dapat jumpa Whittakers Almond Gold, Hazelnut Slab dengan Peanut Slab. Ya Allah memang heaven sungguh. Kita rembat semua. Tak beli coklat lain pun tak pe dah, yang nie best coklat kalau korang nak tahu. 

Whittakers memang favorite Fiza


Yang minat periuk, pinggan mangkuk pun boleh la cuci mata kat sini. Kita nie memikirkan naik flight je. Dulu datang pun dengan flight, sekarang pun datang dengan flight, entah bila la dapat beli pinggan Langkawi nie. Tapi tak kisah sangat, pinggan boleh cari kat Rantau Panjang je tak pun. Pujuk la hati nie. 

Periuk Tefal pun ada

Set pinggan mangkuk

Berenang dalam coklat


Sedar tak sedar habis RM 418 untuk coklat sahaja. Memang puas hati betul rasa. Bila lagi nak shopping macam nie. Bajet memang kami dah peruntukkan. Cuma terlebih sikit. Beli pun untuk bahagi dua, untuk kami dan juga Ma abah. Lepas beli coklat, kami pusing dalam kompleks nie cari perfume. Tapi memang tak de perfume yang betul-betul kami nak kat sini. 

Dalam kompleks nie juga ada banyak jual cenderamata, tshirt Langkawi, minyak-minyak gamat dan macam-macam lagi. Alang-alang tu, kami cari t-shirt sedondon Langkawi untuk pakai esok. Kalau dah cari mestilah jumpa. Wah eksited nak sedondon esok. 

Total semua

Tshirt sedondon Langkawi

Nie coklat kami, tak termasuk yang Ma punya

Nie kereta sewa kami untuk 4 hari 3 malam di Langkawi, 
Toyota Innova, condition memang tiptop


Malamnya kami teruskan pencarian perfume, kami ke Coco Valley Supermarket (duty Free) yang terletak di Pantai Cenang. Memang dekat je dengan resort kami. Masa awal kahwin pun, datang honeymoon, kami cari perfume kat sini sebab harganya agak sedikit murah. Itu yang hajat nak datang lagi. 

Tapi itulah kan, tak murah macam dulu dah. Nama je duty free tapi tak tahu apa yang free nye. Bajet dah ada. Tak nak pikir banyak kali. Lagipun hari kedua nie dah cukup penat. Nak settlekan cepat-cepat dan nak balik rehat.

Kami berada depan Coco Valley Supermarket

Berkenan je terus ambil

Yey dah dapat perfume kami berdua

TY Toys nie memang mahal, mama tak berkenan

Kat rumah dah banyak, free Happy Meal

Perfume Fiza dan husband

Walaupun botol kecil tapi harganya memang buat Ma dan Abah tergamam. Tapi itulah bau perfume nie buat kita rasa tenang dan yakin. Biar harga mahal tapi memang memakai. Nak cari Gucci Bamboo tapi dah takde stok, jadi try Gucci Guilty, not bad bau dia. Lagi satu Versace, alahai bestnya bau. Sayang nak pakai. 

Alhamdulillah, settle shopping. Duit boleh dicari tapi kepuasan hati itu yang penting. Alang-alang dah datang Langkawi. Kami pun balik resort berehat. Esok nak ke Underwater World pula. Time untuk bagi anak-anak pula happy. Hari nie mama dah happy, esok turn Thaqif dan Huwainaa pula.

Stay tuned for next update.

Wassalam.

Post a Comment

0 Comments