Find us on Facebook

Family Camping Journey | Repeat kali kedua, camping kat Tokba Campsite, Batang Kali

Assalamualaikum. Jom update pasal camping pulak. Untuk camping kedua untuk tahun 2023, kami pilih untuk repeat Tokba Campsite, Batang Kali. Dah bulan Jun baru tiga campsite je. Sikitnya. Memang kalau ikutkan setiap minggu nak camping tapi ada je aktiviti setiap hari minggu, itu belum lagi campsite full booking. Nak booking campsite sekarang nie pun nak kena 2-3 bulan awal, kalau tak bersungguh memang berkulatlah khemah dalam stor tu. 


Family Camping Journey | Repeat kali kedua, camping kat Tokba Campsite, Batang Kali | Camping memang addicted. Kalau dah terjebak susah nak berhenti, kalau dah pacak khemah, tempat pulak best, memang rasa tak nak balik. Tok'Ba Campsite nie antara campsite yang sangat best. Tak nak cerita pasal fasilities, memang tiptop dari segi toilet, CO pun bagus. 


Kalau dah minat, malam buta pun kami redah. Memandangkan nak kejarkan 3 hari 2 malam. Lepas habis kerja, anak balik sekolah, tukar baju, terus siap-siap ke campsite. Perjalanan nak ke campsite dalam 1 jam lebih. Tak jauh sangat cuma bila malam nie nak drive masuk ke dalam tu kena berhati-hati sebab kawasan kampung dan dalam dusun. 

Singgah makan siap-siap kat Bandar Batang Kali, lagipun dah malam, baru ada tenaga nak pasang khemah. Bertemankan cahaya lampu kereta, kami bertungkus lumus la pasang khemah, siang dan malam memang tak sama, mengagau jugak lah sebab nak pasang KZM Oscar Tent House sebab leceh sikit, tapi okay je khemah best nie. 




Tak sampai sejam, siap pacak khemah, bolehlah set up tempat tidur dulu. Setup lain-lain esok jer. Janji ada tempat tidur malam tu. Terbongkang anak-anak tidur malam tu. Penat pergi sekolah. Bangun pagi nanti sungai menanti dorang. 


Macam biasa Fiza kekalkan setup camping tema blackpink, fokus kat brand KZM dan Blackdog je. Kalau ada brand lain yang keluarkan warna pink, memang Fiza akan cuba rembat la, kalau boleh nak cooler box pulak. Sekarang nie pakai cooler box Quechua pun not bad. 3 hari bahan sejuk beku boleh tahan, ais pun cair slow-slow je dalam tu. Kalau tukar brand risau tak sebaik Quechua nie. 









Sungai kat Tokba Campsite memang best. Tak risau nak lepaskan anak mandi kat sini. Cetek dan jernih. Sepanjang berada kat sini, cuaca elok dan tiada hujan. Sungai pun tak pernah dalam. Paras buku lali jer. 










Setup malam tak nak kalah. Meriah lampu kiri kanan khemah, macam nak raya, Lampu liplap-liplap wajib pasang keliling khemah. Kami tak kisah kalau campsite jenis gelap gelita nie sebab lampu-lampu yang kami ada pun dah meriah sangat. Geng campers lain pun sama.

Sebab tu bila baca komen negatif camper kat family camping malaysia tu, pasal campsite gelap gelita la, tak de lampu la, rasa macam korang nie baik duduk rumah je. Belum wild camping lagi dah macam-macam rungutan. Nama pun camping, dapat tandas ada air pun dah okay sangat Fiza nie.








Malam terakhir mesti buat potluck. Tujuan potluck nie salah satunya nak menghabiskan stok makanan yang ada. Jadi jiran-jiran semua buat la menu apa pun, kumpulkan satu meja. Memang best buat macam nie, macam-macam menu akan ada malam tu. Sambil-sambil BBQ, anak-anak pulak bakar mashmellow, terasa meriah aktiviti camping.




Masa camping memang banyak kat memasak je. Rasa seronok je duduk depan dapur tu. Lepas masak, masak. Makanan memang kena sentiasa ada sebab budak-budak nie kalau main air memang cepat lapar. Naik je dari sungai minta makan. Mama dia memang jadi chef  sepanjang masa time camping. 











Lepas 3 hari 2 malam, maka berakhirlah family camping journey kami. Ikutkan hati memang tak nak balik. Seronok dia hanya orang yang camping je faham. Yang tak faham akan sentiasa melontarkan kata-kata toksik. Korang cakap je korang jelos, tak payah nak sebut pasal pak belang la.. hantu la.. bosan la kami nak layan. Camping dulu, mana tahu korang yang jumpa pak belang tu, baru padan muke kan. Toksik sungguh.

Kita doakan yang baik-baik, moga doa tu berbalik pada kita semula, tak perlu nak toksik sangat. Buat Family Camping Malaysia memang korang berjiwa kental, sama-sama kita perjuangkan aktiviti bersama keluarga nie, in syaa allah bertambah erat hubungan kekeluargaan dan kerjasama kita dalam satu family.

Wassalam. 

Post a Comment

1 Comments

  1. Terbaikkk sampai repeat kali kedua.. Ada sungai yg sesuai utk kanak2 mandi bermain air.. Teringin nk camping tapi takde geng nak ajak huhuu..

    ReplyDelete