Contact Me

Assalamualaikum. 

Selamat datang dan terima kasih kerana sampai ke page Contact Me. Jadi saya memperkenalkan diri saya sebagai Hafiza Aizzawa. Seorang suri rumah tangga, bekerja sepenuh masa, blogger, influencer dan ibu kepada dua orang cahaya mata, seorang lelaki dan seorang perempuan. 


Sejarah pendidikan

Menamatkan pelajaran di Tingkatan 5 di SMK Bentong, Pahang dan melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Kedah dalam bidang Sains Fizikal. Kemudian melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dalam bidang Teknologi Maklumat (Multimedia) dan menjadi graduan pada tahun 2009.

Bersyukur kerana diterima bekerja dan berkhidmat setelah mendapat segulung ijazah dan masih meneruskan kerjaya sehingga kini dalam bidang pentadbiran (2016).


Hobi dan minat

Minat saya banyak kepada photography dan penulisan. Sebab itulah lahirnya Fizaizawa.com
Suka dan layan lagu K-POP dan juga K-Drama. Hobi saya memasak dan edit gambar. 


Lahirnya blog

Bermula pada tahun 2011 dan kini telah mencecah 1 dekad. Dulunya dikenali dengan ourmemoria.blogspot.com. Dan kini dengan domain sendiri saya namakan Fizaizawa.com.

Blog Fizaizawa.com banyak memberi pengalaman kepada saya untuk menulis dengan lebih baik dan merasakan betapa seronoknya dapat menulis pengalaman sendiri di samping dapat memberi info kepada pembaca. Permintaan review daripada pelanggan juga saya terima tanpa henti. Sesungguhnya inilah rezeki yang tidak dijangka. Menulis juga merupakan satu sumber pendapatan buat saya.

Terima kasih kepada rakan-rakan blogger yang memberi sokongan dan komen yang membina. Di harap blog Fizaizawa.com dapat memberi manfaat kepada semua pembaca.

Terima Kasih.
Hafiza Aizzawa


Jika anda ingin berurusan tentang produk review/paid review/servis/pengiklanan/hotel review dan sebarang soalan boleh hubungi saya di butiran di bawah:



Post a Comment

0 Comments