Family Camping Journey | Bercamping di campsite persendirian Liros River, Batang Kali

Assalamualaikum. Hoyeah.. hoyeah.. morning di hari Isnin. Semangat hari nie nak update story camping lagi tau. Ini camping kali kedua yang Fiza bagitahu tempoh hari, kononnya lebih adventure. Campsite pertama kami Kenaboi Advanture Camp dan kalau nak tahu berkhemah nie buat korang ketagih tau. Kalau tak nak ketagih baik jangan terjebak. Hahah..   


Family Camping Journey | Bercamping di campsite persendirian Liros River, Batang Kali | Bezanya ketagih camping ini tak memudaratkan kesihatan. Betapa bagusnya aktiviti nie bila kita dapat bersama luangkan masa dengan anak-anak. Macam anak-anak Fiza sendiri dorang suka camping sebab ada sungai. 

Kali ini kami pilih Liros River, campsite persendirian yang terletak di Batang Kali. Sungai memang cantik sangat, air jernih, cetek dan memang selamat untuk anak-anak mandi. Berbeza dengan Kenaboi sebab campsite tu tengah dalam baik pulih banjir besar. 


Nak rasa puas, kami ambil 3 hari 2 malam. Mula hari Jumaat bawa ke Ahad. Disebabkan anak-anak sekolah, kami datang malam. Siangnya husband pergi pacak khemah dulu sebab tak jauh pun dari tempat tinggal kami. Malam tu baru husband ambil kami lepas Fiza balik kerja, anak-anak balik sekolah. 

Gigih betul kan. Itulah Fiza dah cakap, kalau dah terjebak dengan camping apa-apa pun sanggup. Sampai je tengok khemah dah siap, kali nie husband pasang TAHAN Weekender Automatic. Khemah nie memang senang nak pasang macam payung buka tutup dia. Khemah besar yang kami pasang kat Kenaboi kami simpan sebab berat. Yang nie ringan. 

Nak tahu kenapa? Nanti korang tengok macam mana struktur dan kawasan campsite nie. 





Ayam pasu jiran bagi, 
kebetulan kami pun tak makan malam lagi

Pagi Sabtu, anak-anak tak sabar nak tengok sungai. Malam tadi sampai dengar bunyi air je, suluh-suluh pun tak berapa nampak kan. Awal budak-budak nie bangun. Kalau kat rumah, pukul 10 pun belum tentu bangun lagi. Punya tak sabar. 





Set up kami pun simple. Tak sama masa di Kenaboi. Bukan apa, campsite nie jauh di bawah. Nak turun memang curam sangat. Ada laluan kereta tetapi kena pakai 4x4. Nak cepat pakai tangga. Husband cerita memang peluh lenjut bawa turun barang-barang. Memang dia dah tahu kawasan nie tak sesuai untuk bawa banyak barang. Lagipun tapak khemah pun kecil.

Betul sangat keputusan yang kami buat, nak kemas nanti lagilah payah kan. Baik bawa barang yang perlu je, lengkap tapi minimalis. 

Kawasan berpagar, private campsite milik kawan

Terpaksa turun melalui tangga curam dengan barang

Jiran-jiran sebelah kiri

Jiran-jiran sebelah kanan

Dapur

Tempat memasak disediakan

Surau 

Portable power station nie member husband bawa
Beli sini --> Inverter Portable Generator

Fasiliti lengkap dengan dapur, surau, tandas dan kalau nak main water rafting pun, pelampung disediakan. Jom enjoy pemandangan sungai Liros pula. Fiza pun tak tahu nama campsite nie sangat, tapi kalau dekat scan my sejahtera, memang dia tulis Sungai Liros. Google memang tak jumpa la korang. Ini memang private campsite, untuk kita-kita aja. 










Ku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya petang tu hujan lebat. Tapi kami enjoy je sebab hujan nie memang hujan biasa. Mujur tiada ribut atau angin kencang. Hujan pun tak lama. Lagipun dorang yang camping kat sini memang nanti waktu nie, lepas hujan air akan sedikit deras. Jadi memang best untuk buat aktiviti water rafting. 



Ahad petang kami  bertolak pulang. Memang ada drama jugak lah yang Huwainaa buat kat sini. 3 hari 2 malam memang tak puas budak-budak nie main air. Hari nak balik pun Fiza bagi dorang main air sampai kecut habis tangan. Bila bagitahu kita dah nak balik, dia boleh menangis. Jerit tak nak balik. 

Punyalah enjoy budak-budak nie bila kita dekatkan dorang dengan nature kan. Macam itulah hidup kita dulu, sekarang nie inisiatif Fiza dan husband la untuk bawa anak-anak pergi camping, barulah dorang akan lupa pada gadget dan tv.

Semuanya best bila bercamping nie, sungai kat sini memang best, tapi kawasan dia memang sesuai sangat kalau kita nak berkelah, time nak balik, barang kami loading dalam 4x4 member husband, jadi kuranglah penat, kami pun naik sekali. Malas nak panjat naik. 

Next campsite Dusun Pak Abu. Tunggu kita story.

Wassalam. 

Post a Comment

0 Comments