Find us on Facebook

Laksa Power Airport | Gerai tepi Airport Langkawi port makan santai tepi pantai

Assalamualaikum. Salam Jumaat korang. Hari nie kita sambung update staycation Langkawi yang bakal berakhir mungkin berbaki 1 lagi entry. Harap korang tak jemu baca. Rasa nak share juga pengalaman makan laksa kat tepi Airport Langkawi. 


Laksa Power Airport | Gerai tepi Airport Langkawi port makan santai tepi pantai | Sebenarnya Fiza pun tak tahu tempat makan nie famous dengan Laksa Ikan Sekoq Langkawi. Tengok kat map ada rupanya. Kalau nak cari boleh tulis Laksa Power Airport, betul-betul belakang airport gerai-gerai nie semua. 

Sepanjang 2 hari duk lalu lalang kat sini, hari ke-3 baru kami singgah. Balik dari naik kereta kabel, kami terus ke sini. Masing-masing dah lapar tak makan tengah hari lagi nie. 

 

Kami sampai sini dalam pukul 4.30 petang. Cuaca pun memang panas terik. Tapi mujur sini banyak pokok dan memang redup. Sebelah pula ada pantai membiru. Memang best la makan laksa sambil layan bayu laut.


Dah sampai sini wajib la cuba laksa ikan sekoq tu. Ingatkan ada ikan sekoq tapi sebenarnya nama je. Tapi laksa langkawi memang sedap. Bukan laksa je, pendek kata orang Langkawi yang bukak kedai, yang berniaga tepi jalan, yang ada gerai semua pandai masak. 

Puas hati sangat jalan-jalan cari makan kat Langkawi nie. Dari hari pertama sampai hari terakhir, rasanya berat badan nie dah naik berkilo kot sebab banyak makan.












Korang yang nak datang Langkawi jangan lupa singgah makan sini. Macam-macam lagi yang dijual sepanjang jalan tu macam food truck cuma Fiza malas nak snap gambar. 

Tenang dan damai port makan tepi airport nie. Sambil makan tengok view laut. Dalam hati waktu nie rasa sedih nak tinggalkan Pulau Langkawi sebab ini hari terakhir kami berada kat sini. Kami berjaya buat staycation kali ini rasa paling indah dan tidak dapat dilupakan sampai bila-bila. Jadi kita story dalam blog. Bila-bila boleh baca lagi.

Lepas makan kami terus ke Pantai Cenang nak tengok view matahari terbenam. Rugi la kalau tak menikmati suasana senja tu sebab nak datang Langkawi bukan selalu. Tunggu next story. 

Wassalam.

Post a Comment

0 Comments