Find us on Facebook

Coca-Cola cooler box memang COOL habis!!

Assalamualaikum. Sorry korang sebab mulanya nak sambung story Staycation kat Langkawi tapi kita break dulu. Bagi laluan untuk iklan sikit.. muehehehe.. Sebab patutnya bulan Ogos lepas Fiza kena share pasal nie tapi nak buat macam mana, buzy kita tahap tak tahu nak cakap. Pejam celik dan habis seminggu. Kalau satu hari tu, bangun pagi, kejap je dah malam. Cepat masa berlalu. 

Korang dah baca tajuk kan. Mula-mula nak terima kasih pada pihak Coca Cola kerana mengirimkan sebuah cooler box buat Fiza. Macam tahu-tahu je kita nak tambah cooler box untuk camping nanti. 


Coca-Cola cooler box memang COOL habis!! | Tapi coca cola box @ cooler box nie bukan sekadar cooler box biasa, ia lebih cool walaupun tak sejuk tau. Nak tahu sebab apa meh baca sampai habis. Kalau ada yang tanya nak beli kat mana, maaf korang ini sekadar media kit. 

Sempena kolaborasi Coca Cola x Yum! Brands, Fiza nak war-war pada pembaca bahawa mulai Ogos, Coca-Cola Malaysia adalah pembekal minuman KFC dan Pizza Hut yang menyajikan pelbagai minuman Coca-Cola yang menyegarkan di restoran KFC dan Pizza Hut terpilih. Kesemua 1180+ restoran KFC dan Pizza Hut di seluruh negara dijangka beralih sepenuhnya kepada produk Coca-Cola pada awal September.


Dengan kata lain sekarang nie kalau order KFC atau Pizza Hut, korang boleh menikmati bersama minuman Coca-Cola Rasa Asli, Coca-Cola Zero Sugar, Sprite, Fanta, atau teh Heaven and Earth bersama hidangan favorite korang tu. 

Kalau nak baca selanjutnya korang boleh baca sini --> Coca cola, KFC dan Pizza Hut umumkan multi year partnership di Malaysia


Unboxing Coca-Cola cooler box

Dalam cooler box nie ada banyak goodies menarik berkaitan dengna 3 jenama hebat nie. Korang boleh tengok sendiri apa yang ada dalam dia dan paling best ada baucer KFC dan Pizza Hut dalam tu. Best sangat.






Lagi best cooler box nie juga didatangkan dengan speaker. Korang connect je dengan phone secara bluetooth, boleh dengar lagu ke layan tiktok kuat-kuat guna speaker kat Cooler Box nie dan ianya juga boleh di caj bila bateri dah habis. Cool kan?





Barulah rasa lengkap bila makan KFC atau Pizza Hut bersama minuman Coca Cola. Terima kasih Coca-Cola atas Cooler Box yang dikirimkan, nanti kirimlah lagi goodies yang menarik untuk Fiza. 

Nota: Jangan PM atau emel saya mengenai box ini kerana ia adalah media kit dan tidak dijual di mana-mana. 

Note: Do not PM or email me about this box because it is a media kit and not for sale.

Wassalam. 

Post a Comment

2 Comments