Find us on Facebook

Family Camping Journey | Pengalaman bercamping di Tokba Campsite, Hulu Tamu Batang Kali

Assalamualaikum. Alhamdulillah, penghujung tahun 2022 kami akhiri "family camping journey" di Tokba Campsite, Batang Kali. Kami bercamping kat sini selama 3 hari 2 malam, jadinya sambut tahun baru pun tepi sungai. Kami tak pergi sendiri, ada geng campers sekali lebih kurang 7 famili. Tak cukup forum macam selalu tapi masih meriah dan best. Nak tahu best tak campsite nie, jemput baca sambil review Tokba Campsite.


Family Camping Journey | Pengalaman bercamping di Tokba Campsite, Hulu Tamu Batang Kali | Pacak khemah pada 30 Disember 2022 sehingga 1 Januari 2023. Kali nie dapatlah sambut tahun baru ramai-ramai, selalunya tahun baru duduk rumah je tengok bunga api dari jauh, kali nie kita buka tahun baru dengan mood camping. 

Diharapkan kami semua dan para campers terus istiqomah untuk bercamping nie. Ini camping ke-6 tau sekaligus camping penutup tahun 2023 dan pembuka tahun 2023. Ingat masa mula camping pada bulan Mac 2022 kat Kenaboi Adventure Camp dan tak sangka dapat bercamping sebanyak 6 kali sepanjang tahun 2022. Alhamdulillah. 



Tokba Campsite nie pun best. Sungai cetek dan tak deras. Bagi kami sungai macam nielah paling selamat untuk lepaskan anak-anak bermain dalam air. Jadi tak risau kalau kita nak healing-healing sambil lepaskan anak bermain dengan anak-anak campers lain. 

Setup khemah betul-betul tepi sungai. Boleh la buat video healing, bancuh kopi tepi sungai. Haaa gitu. Macam biasa segala barang camping kami bawa, sampai sendatlah la kereta kami. Lepas selesai setup segala, barulah lega. 








Time camping nie memang masa lebih banyak dengan famili. Lepas masak, makan, ambil-ambil gambar, mandi sungai, lepas tu makan. Duduk saja sambil dengan bunyi sungai, bunyi cengkerik memang tenang sungguh. Boleh kata segala kusut yang ada kat kepala nie memang hilang, tak nak fikir masalah, datang camping memang untuk healing. 

Bukan kita yang dewasa je, anak-anak pun seronok time camping, biasakan dorang untuk tidak bergantung dengan tv. Biar dorang main kat sungai, main dengan budak-budak lain, itu je cara nak bagi dorang rasa macam mana zaman kanak-kanak kita dulu.



Cuaca pun beri kerjasama, hari pertama dapat tidur lena kami sekeluarga dalam khemah. Thaqif dan Huwainaa pun kalau tidur dalam khemah memang nyenyak. Lepas sarapan, dorang terus minta nak mandi sungai. 


















Malam tahun baru 2023 kami buat "potluck" dan sambutan hari jadi untuk bulan Disember. Fiza sediakan menu sardin masak paprik. Bila semua campers sediakan menu, memang jadi banyak. Sebab tu jamuan potluck nie best.









Happy birthday Huwainaa, birthday girl bulan Disember

Macam biasa nak tengok setup khemah campers lain, kita pergilah ambil gambar khemah ke khemah. Macam-macam style set up ada, yang penting ikut keselesaan famili sendiri.







Geng mommies sempoi yang suka bercamping

Sepanjang 6 kali kami bercamping, ini campsite paling selesa, toilet banyak, cantik dan bersih, wangi lagi. Lengkap dengan surau dan sinki basuh pinggan pun sangat okay. Bekalan air bersih pun tak risau. Sebab apa Fiza cakap macam nie, sebab ada campsite dorang tutup pump la, pump tak berfungsi dengan elok, semua tu kami dah rasa. Walaupun sungai ada tapi bab privasi mestilah nak dalam toilet. 

Campsite Tokba memang terbaik. Memang kami akan repeat lagi. 

Wassalam.


 

Post a Comment

3 Comments

  1. Best camping tepi sungai air jernih, bersih dan paling penting sesuai dgn kanak2 utk brmain..

    ReplyDelete
  2. Insyallah menarik boleh pergi ni :D

    ReplyDelete