Pertunjukan api di Pantai Cenang, meriahkan malam minggu di Pulau Langkawi

Assalamualaikum. Dua tiga hari nie duk update story Staycation ke Pulau Langkawi la kan. Banyak sangat nak cerita. Gambar pun banyak. Kalau tak update kat blog, rasa tak best je. Kalau kita nak cerita kat kawan-kawan bukan ada siapa sudi dengar pun. Dikatanya kita berlagak adalah. Baik cerita kat sini blog. Mana tahu boleh jadi rujukan. Itulah sebabnya Fiza suka menulis kat blog nie. 

Sebelum tu, kalau korang terlepas entry sebelum nie, boleh la baca hotel kat mana hotel kami, try la scroll yer. Ini baru catatan hari pertama. Kami dah pergi Dataran Lang dan Telaga Harbour Marina. 


Pertunjukan api di Pantai Cenang, meriahkan malam minggu di Pulau Langkawi | Hari pertama di Pulau Langkawi, stay kat Pantai Cenang, memang best. Sebab tu kalau nak staycation Langkawi, ambil area Cenang, malam-malam memang happening. Nak kata kebetulan atau tak kami di sini malam Jumaat dan ianya malam minggu di Pulau Langkawi. 

Saja bawa anak-anak dan kami pergi Ma dan Abah juga. Sambil makan malam, ambil angin kat tepi pantai. Syok lepak kat Pantai Cenang. Walaupun bukan cuti sekolah, tapi still sesak dengan pengunjung.



Mana tak nya, malam minggu ada kat sini dah tak macam dulu. Ingat masa tahun 2013 macam tu, tak de la semeriah sekarang dengan lampu warna warni. Sekarang siap ada pertunjukkan api kalau tak silap nama team tu Anak Hantu


Pertunjukkan nie free je, kalau korang nak tengok boleh la bayar seikhlas hati sebab dorang ada tabung. Selain tu ada banyak penjual yang jual mainan kanak-kanak macam lampu-lampu warna warni. Memang sesuai untuk main waktu malam kat Dataran Pantai Cenang. 

Tengok tinggi betul api dorang sembur



Nak datang Langkawi, lepak Pantai Cenang. Kedai-kedai makan banyak, nak beli coklat, cenderamata semua ada. Cuma orang cakap kat sini harga mahal sikit. Tapi memang betul kot sebab kami makan malam kat restoran yang ada kat sini pun mahal. Tapi itulah adat berjalan. Standby je duit. Itu belum anak mintak beli mainan yang banyak tepi-tepi jalan tu. 

Okay done hari pertama di Pulau Langkawi. Hari kedua kami akan buat Island Hopping. Fiza dan Husband dulu dah pernah buat Island Hopping nie siap minum air Tasik Dayang Bunting tu.. haha.. macam-macam la ikhtiar nak dapat anak kan. Itu cerita lama. Nanti entry seterusnya.

Wassalam. 

Post a Comment

1 Comments

  1. Lama tak pergi Langkawi.. Rindu suasana Langkawi, tempat shopping dan jalan-jalan tepi pantai Chenang..

    ReplyDelete