Review Gel Mask My Fav Recipe by NeuLa, bantu kurangkan kekusaman kulit wajah

Assalamualaikum. Tiba masa untuk 'me time'. Kulit wajah Fiza tak yah cakap lah, memang tak dan nak tengok. Sunburn, berminyak lagi. Jerawat pun time nie nak naik kat muka. Jadinya Fiza dah dapatkan Gel Mask My Fav Recipe by NeuLa.


Review Gel Mask My Fav Recipe by NeuLa, bantu kurangkan kekusaman kulit wajahSekali tengok macam jem tapi ianya mask untuk muka. Nampak sedap tapi awas jangan makan tau. Memandangkan kulit pun makin kusam dan berjerawat Fiza dapatkan 2 jenis mask iaitu Earl Grey Black Tea Mask dan Tropical Yogurt Mask.


Earl Grey Black Tea Mask
Mengandungi 0.5% real earl grey black tea leafs dan 5% extra fine black sugar yang membantu mengelupas sel kulit mati. Ia membantu memberikan keanjalan dan kelembutan kulit.

Tropical Yogurt Mask
Mengandungi Mangga, Betik, Laici & Limau nipis— buah-buahan tropika yang terkenal. Mempunyai manfaat dalam membantu kurangkan parut jerawat, ekstrak betik & limau terkenal dengan kesan pencerahannya serta memberikan kecerahan dan kelembaban untuk kulit.



Nak gunakan pun senang, cuma apply atas muka dalam 10-15 minit, urutkan di muka dan kemudian bilas. Boleh rasa kesan penggunaan gel serta merta. Kulit muka pun rasa lembut dan anjal. Parut jerawat pun beransur hilang lepas guna. Itu yang paling best.

Gel Mask MFR boleh didapati di Guardian Stores & My Fav Recipe by NeuLa Official Store di Shopee https://shp.ee/qc3geyv

#kiray #myfavrecipebyneula #beauty #skincare #skincareroutine #beautyskin #skincareisselfcare #beautyinsideout #beautypeople #naturalbeauty 

Post a Comment

0 Comments