Find us on Facebook

Family Camping Journey | Dusun Pak Abu, campsite mesra family sungai pun cantik

Assalamualaikum.. Yeah akhirnya kita kembali ke dunia camping semula. Nak story pendek-pendek ke, panjang-panjang? Tengoklah pada kemampuan otak kita nak mengarang. Gambar pun banyak. Style kita nak menulis mula-mula masukkan gambar dulu, lepas tu pening nak susun yang mana sesuai dengan jalan cerita. Jangan buang masa jom mula menulis. Korang pun Fiza harap tak jemu baca sampai habis.


Family Camping Journey | Dusun Pak Abu, campsite mesra family sungai pun cantik | Campsite ketiga kami, tak pergi jauh pun, dekat Batang Kali juga dan banyak review campers bagitahu campsite Dusun Pak Abu best. Nak tahu best ke tidak kenalah datang. Macam biasa kena booking dulu yer sebab permintaan tapak campsite sekarang dah macam booking hotel. Silap gaya tapak full booking. 




Campsite sini juga ada banyak tapak, sebabkan kami datang dengan family yang besar, tapak tanjung la paling sesuai. Tapak berbentuk U, luas dan boleh masuk kenderaan sampai ke tapak khemah. Jadi mudah kerja bawa turun barang khemah. Tak sabar nak rasa pengalaman camping tempat baru selama 3 hari 2 malam di Dusun Pak Abu.







Family Camping Journey 3H2M bermula

Time pasang khemahlah, time yang mencabar. Sebab itu kami pilih jenis pum je, senang, sebab tak nak bertekak masing-masing nak tunjuk pandai. Orang tengok kat FB, IG bestnya camping, seronoknya pasang khemah, tapi kisah disebalik tu, meh kita story kat blog je. 

Sebab awning khemah nie baru beli, memang tak tahu pun cara pasang. Lagi satu kalau dah ada user manual tu eloklah baca sebab barang camping nie direka untuk memudahkan bukan menyulitkan. Ada la jugak gaduh-gaduh manja time nak pasang awning. Dari peristiwa nie kita belajar dan tambah baik skill camping. Tapi jangan risau kami tak bertumbuk pun.. pasang slow-slow dengan bantuan jiran sebelah, settle.






Kemudahan plug point, tak semua campsite sediakan

Walaupun ada sungai, air yang mengalir, paling penting adalah tandas. Fiza memang tak kisah tandas dia cantik ke tidak janji ada air dan bertutup. Tak nak la buat style tandas terbang kan.. haha.. yang faham, faham la kan. Tandas dan sinki memang okay. Owner campsite memang memahami, sebab itu setiap tapak ada tandas. Campsite nie memang lulus bab tandas.

Nak solat boleh solat kat dalam khemah je, tak de hal bab tu. Lagipun khemah kami besar. Nak solat luar khemah pun tiada masalah, janji bersih. 

Lagi satu kat sini ada kemudahan yang kebanyakkan campsite susah nak sediakan iaitu plug point. Kalau dah ada plug point, bab elektrik memang tak risau. Terbaik campsite Dusun Pak Abu nie.. Lulus diberikan.




Sungai cantik, anak main air sampai kecut

Sungai area Batang Kali memang cetek, air jernih dan cantik. Kiri kanan sungai redup, berpasir. Sesuai dan selamat untuk anak-anak mandi. Sama macam sungai kat Dusun Pak Abu nie, ada tempat yang dalam, ada tempat yang cetek, pandai-pandailah nak awasi anak-anak dan keselamatan diri kita juga.







Betapa fleksibelnya sungai kat sini, walaupun cetek, airnya deras. Siap boleh main water rafting tau. Sewa pelampung RM10, guna la beberapa hari pun, pulang masa nak check out tapak khemah


Sepanjang masa nak memasak dan makan

Berkhemah nie kalau tak memasak memang tak sah la.. Rasanya masa yang Fiza spend untuk memasak masa camping lagi banyak kot dari kat rumah. Bukan apa, kat rumah tu macam-macam boleh buat, basuh baju, sidai baju, layan drama korea, eh macam-macam lagi. Tapi kalau kat campsite, dah dapur depan mata, anak pula lepas main air mesti lapar. Memang mama kerja memasak jelah. 


Bezanya bila camping nie, masakan lebih simple. Kami akan sediakan banyak makanan frozen, makan sejuk beku, makanan dalam tin. Bahan asas nak memasak jangan lupa bawa macam bawang, cili, telur, roti. Minyak masak, kicap, budu pun semua kami bawa. Walaupun camping makan nak macam di rumah tau.

Bekalan air minuman pun wajib bawa. Air mineral, air kotak, serbuk kopi, segala minuman kami bawa. Letak dalam cooler bag, sedap minum time tengah hari. Malam pula layan kopi. Barulah camping. 







Suasana malam yang dinanti

Malam di campsite tak sama di rumah. Bunyi air sungai, serangga, ada kala bunyi katak yang kuat, lepas tu ada macam-macam bunyi yang kita pun tak tahu datang dari mana, tapi jangan ditegur. Memang best. Paling best anak-anak akan tidur awal bila time camping sebab dorang penat mandi sungai. 




Lepas anak tidur, akan ada me time yang lama. Boleh la buat kopi, layan tiktok sambil-sambil tengok live paranormal. Tahu-tahu tertidur sebab line tak berapa clear.

Tiba-tiba husband kejut bangun suruh tengok ikan yang member-member campers dorang berjaya dapat. Ikan keli Afrika tu, bapak besar, kena pula cuaca pun hujan renyai-renyai memang ikan lapar sangat la tu. 





Waktu memang cepat berlalu, 3 hari 2 malam pun tak puas tau, rasa tak nak balik tapi itulah cuti tak boleh lama-lama. Ada ruang dan masa boleh camping lagi.



Untuk campsite kali ini Fiza boleh bagi markah 8/10 sebab line kat sini tak berapa okay. Tapi bagus jugak, kalau tidak nak hadap phone je. Bila line pun tak stabil, telepon memang simpan. 

Husband dengan campers lain decide untuk repeat lagi campsite nie. Memang kami repeat lagi, cuma untuk kali keempat nie kami set up khemah lain sikit. Rasa macam lagi puas hati. Itu je Fiza nak story. Panjang jugak yer, tapi harap korang enjoy baca. 

Wassalam. 

Post a Comment

0 Comments