Find us on Facebook

Family Camping Journey | Kami repeat lagi camping 3H2M di Dusun Pak Abu Campsite

Assalamualaikum. Lama tak update pasal camping kan. Memang kalau ikutkan setiap minggu nak pergi camping tau, tapi apa kan daya hari minggu nie ada 4 kali je sebulan dan tak semua hari minggu tu kita free. Kadang-kadang anak ada aktiviti kat sekolah, kadang-kadang kita pulak ambil jom review. Jaranglah kami nie berehat kat rumah, kalau nak rehat pergi camping, itu baru betul- betul healing.


Family Camping Journey | Kami repeat lagi camping 3H2M di Dusun Pak Abu Campsite | Pejam celik ini camping kami yang ke-10. Lokasi campsite yang kami suka repeat, Dusun Pak Abu. Kali nie camping memang agak mencabar sebabnya 3 hari kami bercamping tu, hujan je tak berhenti. 



Mula-mula sampai pun cuaca dah mendung. Tapi kami memang dah siapkan mental sebab musim hujan. Jadinya kami akan follow the flow, kalau hujan kita enjoy mandi hujan. Siap je setup khemah, ambil gambar, ambil video, terus turun hujan. Lebat pulak tu.














Malam tu kami ingat nak buat wayang pacak kat tengah-tengah tapak tanjung, tapi hujan. Kami siap beli projektor, nak layan movie dengan geng campers lain, tapi hajat tak kesampaian. Jadi kami layan bawah flysheet je. Sambil makan steamboat, layan movie korea. Lepas tu tengok bola pula. Time camping pun bola tak boleh tinggal tau. Itulah laki kita. 









Hari kedua pagi tu cuaca tenang lagi. Anak-anak pun bolehlah turun mandi sungai. Kita nie kalau kat tempat camping banyak memasak. Kat rumah pun masak juga tapi kalau kat rumah masak tu cepat. Kat camping kita santai-santai. Dapur pun ada satu, jadinya proses memasak tu makan masa lama. Rasa tak berganjak je dari tempat duduk, lepas masak, masak lagi. 





Budak-budak nie kalau dah mandi sungai memang lapar memanjang. Itulah mama dia nie dah jadi suri rumah sepenuh masa kalau time camping. Makanan tak boleh putus, kalau tak nanti dorang cari makan kat khemah orang lain. Haha.. tapi tak de hal pun sebab member-member jugak geng campers sekeliling. 



Kalau anak-anak camping nie dorang suka sebab boleh mandi, main air, main pasir sampai lebam. Kita memang biarkan je dorang nie mandi, sampai masa lapar, pandai la dorang cari mama dorang. Bila dorang penat dorang akan tidur awal tanpa dipaksa.














Malam last kami buat makan-makan potluck. Bila dah malam akhir nie rasa sayu je, yelah untuk tahun 2023, ini camping kami yang terakhir sebab musim hujan. Kene stop dulu bagi laluan untuk musim hujan pada bulan Nov dan Dis.









Ada rezeki kami akan mula camping pada awal tahun 2024 pula. Cepat masa berlalu kan. Setahun dapat camping 5 kali je. Memang tak puas kalau ikutkan macam Fiza cakap, setiap minggu kalau boleh nak camping. Cuma masa yang tak mengizinkan.

Lagi satu nak booking campsite sekarang dah macam nak booking hotel. Lambat je penuh. Ramai yang suka camping tanpa kita sedar sebab ini bukan hobi yang sia-sia. Anak-anak paling banyak dapat manfaat dan faedah bila camping nie. Tak caya tanyalah orang yang suka camping. 

Nak tahu campsite ke-11 kami? Kenalah tunggu yer. Sayonara.

Wassalam.  

Post a Comment

1 Comments

  1. seronoknya dapat berkhemah.. untuk berkerusi roda sesuai tak tempat ni sis?

    ReplyDelete