Pasang roofbox Bubble Design untuk Perodua Aruz kat Nilai 3

Assalamualaikum. Memandangkan aktiviti bercamping akan menjadi serius, husband decide untuk bagi kereta kami aksesosi baru. Bagi dia pakai 'songkok' kereta. Bukan apa, macam keperluan sangat bila mana lepas kami balik dari camping kat Kenaboi Adventure Camp, tinted belakang kereta rosak sebab barang-barang tajam macam meja terkena tinted tingkap.


Pasang roofbox Bubble Design untuk Perodua Aruz kat Nilai 3 | Tak pasal je kena repair tinted sekali dan alang-alang tu terus husband gelapkan terus tingkap belakang. Tapi nie bukan nak cerita pasal tinted, nak cerita pasal roofbox jadi takde la sendat sangat kereta bila nak pergi camping. Segala barang boleh letak atas bumbung tu. 

Member husband cadangkan suruh ke Nilai 3, siapa yang nak pasang roofbox memang akan datang ke Eleven A Automotif. Kat sini ada banyak pilihan 'songkok' yang sesuai untuk semua kereta. Bukan boleh main pasang je. Kena padan dengan kereta, barulah tak nampak pelik.



Pilih punya pilih, belek, dan staf dia pun sama bantu pilih mana yang sesuai, husband decide roofbox Anti Scratch Bubble Design. Design nie limited edition. TAKA MD-490B Roof Box 490L Bubble Design dengan volume 490 Liter dengan berat box 18 kg, mampu muatkan barang sehingga 75 kg.



Ia juga tahan lasak, mudah lentur dan tak akan bercalar kalau terkena batu atau saja-saja nak toreh. Memang tak akan calar. Harga roofbox nie RM 1400 tapi sebabkan kena pakai roof carrier sekali, pasang dia je dan RM 300. Jadi total semua RM 1700. 




Selain guna untuk camping, bagusnya pasang roofbox nie boleh la balik kampung bawa banyak baju. Lagipun Aruz kalau pakai roofbox memang nampak segak. Jadi tak perlulah nak tukar pakai Hilux lagi. Ini je yang kami mampu setakat ini. 

Settle masalah tinted kereta calar. Korang yang nak pasang roofbox boleh datang Nilai 3 nie, sambil-sambil tunggu pasang box tu, boleh round-round cari pinggan mangkuk dan karpet kan. 

Wassalam.  

Post a Comment

1 Comments