Mahalnya harga barang sekarang, gaji habis orang cakap kita boros, padahal gaji yang sikit

Assalamualaikum. Rasa macam lama tak bebel kat blog nie. Duk buat review je tak habis-habis, hari nie rasa nak bebel la pulak. Bukan apa hari nie hari gaji. Orang bekerja macam kita nie memang happy la bila gaji, bukan hari-hari tu takde duit, cuma kne la jimat sebabnya masa gaji kita beli sampai tak ingat dunia.


Mahalnya harga barang sekarang, gaji habis orang cakap kita boros, padahal gaji yang sikit | Nak jadi cerita hari nie gaji, haisshhh duit dah kurang banyak. Kebetulan cikgu Thaqif minta beli peralatan pendidikan seni anak. Pergilah cari kat Speedmart tapi macam biasalah, bila nampak jajan, air kotak segala menda nak beli buat stok up kat opis. 

Masalah Fiza nie tak suka tengok harga. Main ambil je kalau rasa nk minum tu, amik je, nak makan tu amik je. Bila balik letak semua barang. Sekali tengok harga air kotak peel fresh yang kecik tu.. mak aihh harga dia.. Inilah gaji habis orang cakap kita boros, masalahnya gaji yang sikit ke, atau memang kita nie boros. 


Tapi yang nie memang serius terkejut dgn harga. Dahla takde rasa mangga pun, manis tak yah cakap la kan, harga mahal sangat nie, ke speedmart je harga gini. 


Moralnya minum je air masak kan. Bawa dari rumah. Sebenarnya tak de isu apa pun, saja nak bebel.. haha.. tapi dari minum air gini baik minum tealive terus tak pun stabak ke.. heheh.. mula la tu nak buat perangai sebab hari gaji kan.. 

Nak publish ke tak nak entry bebel nie, macam entah ape2 je kita share nie kan.. takpelah kita publish je.. hilang ngantuk kejap.

Post a Comment

0 Comments