Cara tunaikan Cek Jurubank KWSP

Assalamualaikum. Cek jurubank? Apa cek jurubank tu? Macam mana rupanya. Kalau cek biasa tu selalu la tengok. Tengok tu bukan sebab ada cek sendiri tapi bila tengok bos tandatangan cek syarikat untuk bayar pada client. 


Apa itu Cek Jurubank KWSP?

Contoh Cek Jurubank KWSP

Cek jurubank KWSP merupakan satu kaedah bayaran kepada penerima yang akan digunakan sekiranya kaedah pengkreditan terus ke akaun penerima/pemohon gagal dikreditkan atas sebab tertentu. Antara adalah penerima/pemohon gagal memberi maklumat akaun bank dengan betul, akaun penerima / pemohon tidak aktif, penerima/pemohon memberi maklumat bank pihak ketiga seperti suami, ahli keluarga atau kawan.


Bagaimana cek jurubank dihantar?

Ia dihantar menggunakan pos berdaftar dalam tempoh 2 minggu. Kalau kita tak terima dalam masa 2 minggu tersebut dengan kata lain, posmen dah hantar tetapi kita tiada di rumah, maka surat berdaftar tersebut akan dikembalikan ke KWSP. Jadinya kan dah susah. Memang perlu alert sangat-sangat.

Contoh Surat berdaftar


Bagaimana untuk tunaikan Cek Jurubank KWSP

Senang sahaja, hanya isikan butiran akaun. Bank mana tak kisah janji akaun kita ada di bank tersebut. Bila dah isi, nak pergi kaunter pun boleh, nak masukkan cek jurubank di mesin deposit pun boleh. Janji ada akaun kita. 

Disertakan dengan surat cara bayaran dibuat


Belakang cek isikan butiran akaun bank yang ingin wang dimasukkan


Sekarang urusan selesai, hanya tunggu dalam 3 hari bekerja untuk wang dimasukkan dalam akaun kita. Senang kan. Itu sahaja harap entry ini membantu korang.

Wassalam. 

Post a comment

7 Comments

  1. Senanglah ada cara lain kadang orang tua mana ada akaun nak transfer.

    ReplyDelete
  2. Baru tahu ada cek jurubank. Tq fiza atas perkongsian

    ReplyDelete
  3. Ada jugak kenyataan jelas dan terperinci berkenaan cek berdaftar nie. TQ

    ReplyDelete
  4. Terima kasih untuk perkongsian menarik ini....

    https://naimyart.blogspot.com/2021/01/giveaway-minyak-herba-asmak-by-kak-ecah.html

    ReplyDelete
  5. Nk kena g mesin cheque bank yg di isi contoh maybank atau mesin cheque rhb?

    ReplyDelete
  6. Hi sis.. Cek RHB, tapi boleh masuk kt mesin cek MAYBANK ke?? Harap sngt sis reply.. Tq

    ReplyDelete