Find us on Facebook

A Mum’s Bag Has More Than Snacks: Kenapa ByeBye-FEVER Sentiasa Ada Dalam Beg Mama

Kalau korang pernah tengok isi beg seorang mama, mesti faham kenapa saya kata beg mama ni macam beg serba boleh. Snacks anak ada, tisu ada, wet wipes ada, barang mama pun ada… dan kadang-kadang barang yang kita sendiri tak tahu bila masuk dalam beg pun ada. Haha!


Tapi sebenarnya, selain snacks dan barang keperluan harian, saya memang suka standby beberapa benda yang mungkin diperlukan bila keluar dengan anak. Salah satunya ialah ByeBye-FEVER.


Balik Sekolah, Anak Dah Mula Mengadu Panas

Cuaca sekarang pun boleh tahan panas kan? 
Kadang-kadang anak baru balik sekolah, letak beg, terus baring dan mula mengadu rasa panas atau tak selesa. Sebagai mama, benda pertama mestilah nak tengok keadaan anak dan pastikan dia selesa.

ByeBye-FEVER untuk kanak-kanak

Cooling gel sheet


Sebab tu saya suka kalau barang yang diperlukan dah tersedia. Tak perlu tunggu saat-saat tertentu baru nak mencari. Kalau dah ada dalam mum’s bag, senang nak capai bila diperlukan.

ByeBye-FEVER memang antara benda yang saya suka standby.


Dekat Rumah Pun Boleh Jadi Panas

Bukan masa balik sekolah sahaja. Dekat rumah pun kalau cuaca tengah panas, anak bermain atau aktif bergerak, memang boleh rasa bahang dan kurang selesa. Biasalah anak-anak… baru masuk rumah, lima minit kemudian dah sambung main macam tak penat. 

Lembut pada kulit


Dalam situasi macam ni, saya lebih suka bersedia awal. Bila perlu, saya boleh gunakan ByeBye-FEVER mengikut arahan pada produk. 


Sensasi Penyejukan Sehingga 10 Jam

Apa yang menarik tentang ByeBye-FEVER ialah ia memberikan sensasi penyejukan sehingga 10 jam. Jadi ia memang praktikal untuk mama standby di rumah ataupun bawa bersama bila keluar dengan anak.

Baca arahan dengan teliti sebelum guna


Bagi saya, benda macam ni kecil sahaja tetapi boleh jadi sangat berguna bila kita perlukan. Dan satu lagi yang menarik, ByeBye-FEVER adalah Made in Japan. 


“A Mum’s Bag Has More Than Snacks”

Sebab tu saya suka sangat konsep “A Mum’s Bag Has More Than Snacks.” Memang betul pun. Beg mama bukan sekadar tempat simpan snacks anak. Beg mama ada macam-macam benda yang disediakan untuk situasi yang tak dijangka.


Kadang-kadang anak minta snacks.

Kadang-kadang anak minta tisu.

Kadang-kadang…

“Mamaaa, panasnya…” 

Nasib baik mama dah ready!

Jadi sekarang kalau check isi beg saya, jangan pelik kalau nampak ByeBye-FEVER terselit sekali.

Snacks ✔️
Tisu ✔️
Barang anak ✔️
ByeBye-FEVER ✔️

Barulah lengkap mum’s bag!



Happy ByeBye-FEVER Day! 

Kalau nak standby ByeBye-FEVER untuk anak di rumah atau dalam beg bila keluar, get your ByeBye-FEVER at Caring Pharmacy.



Sebab sebagai mama, kita mungkin tak boleh jangka apa yang akan berlaku sepanjang hari…

Tapi sekurang-kurangnya kita boleh bersedia.  A mum’s bag has more than snacks. It has everything mama thinks her kids might need. 

Happy ByeBye-FEVER Day! 10.10!

Info Lanjut

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk Hisamitsu® ByeBye-FEVER™, termasuk pilihan produk, ciri-ciri dan cara penggunaannya, boleh rujuk laman rasmi berikut:

🔗 Hisamitsu Malaysia – Product Information
Lihat maklumat produk Hisamitsu Malaysia

🔗 ByeBye-FEVER Malaysia – Product Information
Lihat maklumat produk ByeBye-FEVER Malaysia

Untuk maklumat penggunaan dan langkah berjaga-jaga, pastikan baca arahan pada pembungkusan produk dan rujuk maklumat rasmi sebelum digunakan.


Post a Comment

0 Comments