PENGHANTARAN PERCUMA DAN POTONGAN SEPARUH HARGA INISIATIF VITS KURANGKAN BEBAN RAKYAT MALAYSIA

16:11


Virus Wuhan atau nama lainnya, SARS-CoV-2 yang menyebabkan COVID-19 boleh dipindahkan dari individu ke individu yang lain menerusi close contact atau interaksi yang dekat dengan individu yang telah dijangkiti.

Virus ini telahpun membunuh berpuluh ribu individu di seluruh dunia. Virus yang berasal darikota Wuhan, China ini dipercayai berasal daripada amalan masyarakat China di Wuhan yang menjadikan bintang eksotik seperti ular dan kelawar sebagai makanan mereka.

Dari hari ke hari, virus Wuhan ini terus menghantui dunia dan telah melumpuhkan bukan sahaja China, malah Korea Selatan dan yang terkini memporak-perandakan masyarakat di Itali, Iran, Sepanyol, Jerman, Perancis, Amerika Syarikat, Switzerland, Norway dan Jepun.

Perintah berkurung dan/atau kawalan pergerakan telah pun dijalankan oleh beberapa negara yang paling terjejas ini bagi membendung penularan virus ini. Pada awal kedatangan virus ini ke Malaysia, ia masih lagi terkawal dan dikatakan dapat dibendung.

Malah, rakyat Malaysia lebih tertumpu kepada perpindahan kuasa daripada Pakatan Harapan ke Perikatan Nasional dan terlupa sebentar ancaman wabak COVID-19 ini kepada negara. Walaubagaimanapun, gelombang kedua wabak COVID-19 ini adalah sesuatu yang tidak boleh diendahkan.

Kebimbangan ini tentunya meresahkan rakyat. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah, menerusi perutusan beliau pada hari Isnin, 16 Mac 2020 mengarahkan agar Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan di seluruh Malaysia dari 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020, pertama seumpamanya yang pernah dilaksanakan sejak negara mencapai kemerdekaan.

Perintah kawalan pergerakan ini bukanlah perintah berkurung ataupun darurat tetapi lebih kepada satu bentuk inisiatif untuk menjarakkan hubungan sosial.

Oleh kerana itu, semua premis kerajaan dan swasta telah diarahkan ditutup kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting, termasuk peruncitan dan bekalan makanan.

Dalam tempoh ini, rakyat Malaysia juga ditegah meninggalkan negara. Oleh kerana perintah ini bukanlah lockdown atau perintah berkurung, warga tidak berhadapan sebarang sekatan untuk bergerak di dalam Malaysia.

Sebarang perhimpunan keagamaan, sosial dan sukan wajib dibatalkan atau ditunda. Pelancongasing pula disekat daripada memasuki tanahair.

Sekiranya ada yang berdegil dan tidak mahu mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan ini, pegawai-pegawai yang terlibat dalam penguatkuasaan perintah ini boleh meminta bantuan pihak polis dalam memastikan kelancaran penguatkuasaanya, seperti yang termaktub dalam Seksyen 5, akta yang sama.

Rakyat perlulah saling tolong menolong, tidak mementingkan diri sendiri, berfikir secara matangdan memberikan kepercayaan kepada kerajaandalam mengharungi dugaan ini.

Patuhilah Perintah Kawalan Pergerakan ini agar negara akan segera bebas daripada ancaman virus berbahaya ini. Dengan kerjasama semua, Malaysia akan berupaya untuk pulih seperti sediakala.

Hari ini merupakan hari ke 7 Perintah Kawalan ini dilaksanakan, nampaknya masih ada rakyatMalaysia yang berdegil dan tidak mengendahkan perintah kawalan ini wala pelbagai inisiatif kerajaan telah dibuat. Masih ada ramai rakyat Malaysia yang keluar untuk pulang ke kampung.

Bantuan tentera juga telah dikerahkan untuk membantu pihak polis dalam pelaksanaan ini dan juga jalan-jalan utama ke luar masuk seperti Toll Jalan Duta, Toll Air Keroh dan Toll Sungai Besitelah ditutup melainkan dengan membawa surat pelepasan oleh majikan atau surat dari pihak berkuasa. 


Untuk meringankan beban rakyat ini dan mengurangkan rakyat untuk terus keluar membeli belah barangan keperluan keluarga, Vit Makanan Sdn Bhd pengeluar makanan mee segera Malaysia yang telah bertapak di Malaysia semenjak 1975 iaitu 45 tahun yang lalu, telah mengambil inisiatif untuk memberikan penghantaran percuma kepada seluruh rakyat Malaysia dengan membeli produk makanan mee kering dengan penurunan harga yang mendadak. 

Ini kerana menurut Pengarah Urusan Vit MakananSdn Bhd En Y.T Lai atau lebih dikenali sebagai “Noodles Man Malaysia”, ‘ini cara Vits untuk berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah menyokong produk Vits selama 45 tahun dan dengan rasa cintakan negara’, diharap agar bantuan ini dapat mengurangkan beban rakyat dan mengurangkan kesesakan di pasaraya. Kita sebagai rakyat Malaysia perlu berganding bahu untuk sama-sama ingin membanteras virus ini.

“Produk istimewa ini telah mendapat sambutan menggalakkan dan saya berharap ramai lagi rakyat Malaysia dapat mengambil peluang ini.Pada saya, waktu getir ini bukanlah masa untuk kami di Vits membuat keuntungan, rugi sedikit tapi banyak manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia’, katanya lagi.

Promosi boleh didapati di pautan ini; 



Selain itu juga Vit Makanan Sdn Bhd juga telah menyalurkan bantuan makanan kepada pihak hospital kepada Hospital Kuala Lumpur dan pelbagai lagi untuk mengurangkan masa mereka untuk makan agar mereka terus kuat dan tabah  melawan virus ini.

You Might Also Like

2 kitty baik hati komen

  1. bagusnya inisiatif ini.. sekurang-kurangnya membantu disaat ada insan yg memerlukan

    ReplyDelete
  2. terbaek.. semoga virus ni cepat terhapus..

    ReplyDelete


Pa&Ma Jan 2016

Pa&Ma Jan 2016
Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Apr 2016

Pa&Ma Apr 2016
Mama dan Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Okt 2016

Pa&Ma Okt 2016
Thaqif dan mama masuk majalah

PA&MA OKT 2018

PA&MA OKT 2018
Mama dan Huwainaa masuk majalah

PA&MA NOV 2018

PA&MA NOV 2018
Huwainaa dalam majalah

Pa&Ma Dis 2016

Pa&Ma Dis 2016
Thaqif masuk majalah

Lisa Ogos 2014

Lisa Ogos 2014
Masuk majalah