Hibah adalah Perancangan Pengurusan Harta Cari Islam

16:27

Assalamualaikum. Sebagai umat Islam, kita perlu ambil tahu mengenai pembahagian harta cara islam. Sebagai contoh Filem Tiga Abdul merupakan sebuah filem Melayu yang mana Ismet Ulam Raja meninggalkan banyak harta. Disebabkan pembahagian harta yang tidak adil, putus tali persaudaraan. Mujur beliau ada juga membuat wasiat hartanya di luar negara.



Mengambil iktibar dari jalan cerita tersebut, kita wajib ambil tahu untuk elakkan nasib yang sama menimpa keluarga kita suatu hari nanti. Buatlah hibah cara islam untuk keluarga dan anak-anak kita.


Tahukah anda, hibah bermaksud pemberian hak atau harta secara sukarela tanpa dipaksa atau terpaksa daripada satu pihak kepada satu pihak yang lain.




Bahasa mudahnya hibah adalah hadiah daripada pemberi hibah kepada penerima hibah dengan niat dan tujuan yang baik tanpa sebarang syarat, imbalan atau balasan.

Ia merupakan pemberian secara suka sama suka dengan syarat di dalam hibah itu tidak akan ada hak orang lain yang diambil seperti hak mereka yang dizalimi atau dianiayai.

Menyedari akan kelebihan hibah ini, ia merupakan antara penyelesaian terbaik pengurusan harta dalam Islam.

Sebagai orang Islam, kita haruslah mengetahui lebih mendalam tentang hibah ini agar keputusan yang dibuat kelak tidak akan menganiaya orang lain.

Apabila sesuatu harta itu telah dihibahkan ketika pemberi masih hidup, kita tidak berhak mempertikaikannya.

Malah, pemberian hibah ini juga dapat mengelakkan konflik perebutan harta pusaka yang mungkin berlaku setelah kematian pemberi hibah.

Walaupun ada ketikanya hibah secara lisan, sebagai contoh, si suami memberitahu isterinya untuk menghibahkan rumahnya kepada si isteri, ia sebenarnya sudah sah.

Jadi tidak perlu dipertikaikan lagi. Ini bermaksud, apabila harta sudah dihibah secara sah, tetapi jika ada yang mahu merampasnya maka mereka yang terbabit itu melakukan dosa.

Perlu diingat, semua harta yang sudah dihibah akan terkeluar daripada harta pusaka dan tidak akan di agih kepada waris mengikut hukum faraid.


Hibah Harta Dalam Islam

Dalam Islam, hibah adalah salah satu cara pemilikan harta yang sah di sisi syarak. Hibah ini masih berkait rapat dengan konsep pemilikan harta yang lain seperti wasiat, wakaf dan faraid.

Namun sudah tentu hukum dan ciri-ciri konsep hibah berbeza dengan yang lain. Mengikut istilah syarak, hibah merupakan akad pemberian harta yang dilakukan oleh pemberi hibah kepada penerima hibah ketika hidupnya tanpa sebarang balasan ('iwad).

Hibah dalam Islam merupakan amalan sunat dan amat digalakkan. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

"Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian daripada mas kahwin itu dengan senang hati, makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya"

Surah al-Nisa' ayat 4

"...dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta dan (memerdekakan) hamba sahaya"

Surah al-Baqarah ayat 177

Selain daripada itu, terdapat juga dalil dalam Al-Quran tentang pelaksanaan hibah yang disebut dalam hadis Rasullulah S.A.W. Saidatina Aisyah berkata yang bermaksud:

"Nabi Muhammad S.A.W menerima dan membalas hadiah"
Hadis riwayat at-Tirmizi

Apakah Rukun Hibah?





Rukun hibah ada 4 iaitu :

1. Pemberi hibah (al-wahib) 

Pemberi hibah perlu seorang ahliyyah yang sempurna akal, baligh dan rusyd.
Mereka juga mestilah memiliki harta yang dihibahkan dan berkuasa penuh ke atas hartanya.

2. Penerima hibah (al-mawhub lahu) 

Penerima hibah mestilah mempunyai keupayaan untuk memiliki harta sama ada mukalaf atau bukan mukalaf.

Sekiranya penerima hibah adalah bukan mukalaf seperti belum akil baligh atau kurang upaya, maka hibah boleh diberikan kepada walinya atau pemegang amanah.

3. Harta yang dihibahkan (al-mawhub) 

Harta yang hendak dihibahkan itu mestilah harta yang halal, bernilai di sisi syarak, di bawah pemilikan pemberi hibah, mampu diserahkan kepada penerima hibah dan wujud ketika harta berkenaan dihibahkan.

4. Lafaz ijab dan kabul (sighah) 

Lafaz ijab dan kabul merupakan lafaz atau perbuatan yang membawa makna pemberian dan penerimaan hibah.

Setelah memahami konsep hibah ini, ia boleh dianggap sebagai pelengkap kepada sistem pengagihan harta dalam Islam.

Konsep hibah amat sesuai diamalkan oleh masyarakat dewasa ini, terutama untuk mengagihkan harta kepada pihak-pihak yang tidak berkemampuan tanpa mengehadkan kepada kadar dan golongan tertentu.

Apa yang paling penting dalam hibah ialah keikhlasan kerana ia memberikan sesuatu kepada orang lain pada waktu masih hidup tanpa meminta balasan.

Wassalam.

You Might Also Like

0 kitty baik hati komen


Pa&Ma Jan 2016

Pa&Ma Jan 2016
Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Apr 2016

Pa&Ma Apr 2016
Mama dan Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Okt 2016

Pa&Ma Okt 2016
Thaqif dan mama masuk majalah

PA&MA OKT 2018

PA&MA OKT 2018
Mama dan Huwainaa masuk majalah

PA&MA NOV 2018

PA&MA NOV 2018
Huwainaa dalam majalah

Pa&Ma Dis 2016

Pa&Ma Dis 2016
Thaqif masuk majalah

Lisa Ogos 2014

Lisa Ogos 2014
Masuk majalah