Cara buat Dalgona Coffee paling senang

Assalamualaikum. Makin hari makin ramai yang posting pasal Dalgona Coffee nie. Kalau tengok kat sosial media, ada je netizen yang post pasal kopi nie. Tak kurang juga yang kecam pasal dalgona nie sebab kafein tinggi. Alahai.. sekali sekala tak salah dan Fiza pula post untuk pertama kali sebab hendak merasanya.

Jadi bagi yang nak mencuba. Senang saja.


Bahan-bahan:

2 x sudu kecil Nescafe *
2 x sudu kecil gula*
2 x sudu air masak*
Susu segar / susu penuh krim
Ais batu ketul

Cara-cara:

1. Pukul atau kacau bahan bertanda * sehingga kembang dan warna nescafe coklat bertukar warna coklat cair. (tekstur jadi krim)
2. Tuangkan susu cair dalam gelas beserta air batu.
3. Tuangkan krim nescafe tadi di atas susu.
4. Siap.



Kacau dahulu sebelum minum
Sebelum hendak minum, kacau dahulu. Rasanya memang sedap dan lazat. Boleh buat kenyang tau. Kalau rasa korang tak kuat kafein elok kurangkan kuantiti nescafe, atau boleh je gantikan dengan milo atau coklat. 

Selamat mencuba.

Wassalam.

Post a comment

3 Comments