Review CLEAR BOTANIQUE Nourished & Healthy Scalp Care Shampoo | Rambut lembut seawal basuhan pertama

Assalamualaikum. Pertama kali pakai rangkaian penjagaan rambut CLEAR BOTANIQUE Nourished & Healthy Scalp Care Shampoo tak sangka rambut terasa begitu lembut selepas basuhan pertama.


Review CLEAR BOTANIQUE Nourished & Healthy Scalp Care Shampoo | Rambut lembut seawal basuhan pertama | Clear memperkenalkan rangkaian Clear Botanique dengan Botanique Nourished & Healthy Shampoo  dan Botanique Nourished & Healthy Conditioner yang akan membantu para wanita yang di luar sana yang mana kerap mengalami masalah kulit kepala kering & rambut yang mudah putus.

Botanique Nourished & Healthy Shampoo
Botanique Nourished & Healthy Conditioner
Masalah rambut yang Fiza alami adalah keguguran rambut yang sukar untuk diatasi. Untuk kali ini Fiza mencuba pula Syampu dan perapi CLEAR Botanique yang diformulasi dengan teknologi anti-kelemumur tiga kali ganda & 100% ekstrak botani semulajadi.

Syampu dan perapi CLEAR Botanique diperkaya dengan 5 minyak pati seperti:

🌸Lavender
🌸Tea tree
🌸Buah Anggur
🌸Rosemary
🌸Bergamot

Kesemua ramuan ini membantu mengatasi masalah rambut dan kulit kepala yang kering.



Suka sangat akan baunya yang wangi dan segar sehinggakan Fiza akan gunakan syampu dan perapi setiap kali mandi. Ia juga tidak mengeringkan rambut malah rambut terasa sangat lembut dan bersih. Terima kasih Try and Review atas produk syampu yang diberikan.

Untuk info layari https://www.clearhaircare.com/my/home.html

Post a comment

0 Comments