Huggies Natural Soft Pants LEBIH lembut dan selesa

Assalamualaikum. Hari ini Fiza rasa gembira kerana blog Fiza telah pun mempunyai domain sendiri. Setelah 9 tahun akhirnya ourmemoria.blogspot.com kini bertukar dengan domain fizaizawa.com. Alhamdulillah.

Habis cerita itu, nanti nak buat entry pasal tukar domain tu. Tapi sebelum itu Fiza sekali lagi diberi peluang untuk membuat review mengenai lampin pakai buang Jenama Huggies. Mak-mak yang ada anak kecil mesti tahu jenama ini. 


Huggies Natural Soft Pants LEBIH lembut dan selesa | Lembut, selesa dan tidak bocor itu yang Fiza titik beratkan dalam pemilihan lampin pakai buang untuk anak. Kebetulan Huggies Natural Soft Pants  juga ada ciri-ciri yang sama dengan pemilihan yang Fiza hendakkan. 

Ia juga lembut di pinggang serta kemas dipakai, senang nak pakai, nak koyak buang pun senang sebab ia didatangkan dengan pita pelekat di belakang pants. 

Huggies Natural Soft Pants


  

Lagi satu, Huggies Natural Soft Pants ada Wetness Indicator yang mana design garisan kuning akan bertukar biru apabila anak kita membuang air. Jadinya kita boleh tahu waktu bila lampin perlu ditukar.

Wetness Indicator berjalur kuning
Pita pelekat untuk senang dibuang 


Disebabkan ia cepat menyerap, Huwainaa pun tidur lebih lena pada waktu malam dan jaga di siang hari dalam keadaan kering, selesa dan ceria. 

Huggies Natural Soft Pants adalah lampin dengan kapas semula jadi yang dibuat dengan bahan paling lembut untuk membantu menyerap dan mengunci cecair. Ia mempunyai 100% breathable cover yang membantu menjaga kulit bayi kering dan segar.

Nakkan si manja selesa, Fiza mengesyorkan mama-mama untuk mencuba Huggies Natural Soft Pants. Terima kasih Huggies dan Try and Review atas peluang yang diberikan.

Post a comment

0 Comments