Safi Shayla Botanical Silk Syampoo membantu mengembalikan kekuatan dan kesuburan rambut

Assalamualaikum. Berhijab pun rambut mesti nak dijaga. Fiza juga adalah salah seorang pengguna tegar Safi Shayla tau. Safi Shayla seperti mana yang kita tahu ia merupakan syampu yang direka khas untuk wanita berhijab. Bukan itu sahaja, untuk kali ini Safi Malaysia telah mengeluarkan rangkaian terbaharu iaitu Safi Shayla Botanical Silk Syampoo. 


Safi Shayla Botanical Silk Syampoo membantu mengembalikan kelembutan dan kekuatan rambut | Berkehendakkan rambut yang sihat idaman semua orang, tak kira lelaki atau perempuan. Oleh yang demikian, Fiza telah dapatkan terus 3 varian syampu Safi Shayla Botanical Silk iaitu Shampoo Botanical Intense Nourishment, Shampoo Botanical Silky Sheen Care, dan Shampoo Botanical Hair Fall Rescue. Ketiga-tiga syampu ini mempunyai manfaat serta kebaikan tertentu mengikut jenis kerosakan rambut yang kita alami. Ramuan utama yang terdapat dalam syampu ini adalah Organik Habbatus Sauda dan juga Minyak Argan.

Khasiat Organik Habbatus Sauda dan Minyak Argan

Organik Habbatus Sauda merupakan sumber yang kaya dengan nutrien untuk melindungi dan menyuburkan kulit kepala. Manakala minyak argan pula membantu memberikan kelembutan kepada rambut, menjadikan rambut selembut sutera, lebih mudah diurus dan menambah sinar kepada rambut.


Shampoo Botanical Hair Fall Rescue

Mengandungi Organik Habbatus Sauda, Minyak Argan dan ditambah dengan kebaikan daripada Minyak bunga matahari. Minyak bunga matahari mengandungi Emolien semulajadi yang dapat membantu memperbaiki struktur rambut halus & rapuh dan menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat yang kuat. Syampu ini sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah rambut kering dan rapuh.  


Syampu ini juga membantu mengurangkan rambut gugur akibat kerapuhan. Ini kerana bahan yang terkandung dalam syampu akan menembusi rambut dan sekaligus memberi kelembapan dan menguatkan rambut. Ia juga membentuk lapisan perlindung pada permukaan rambut sekaligus menjadikan rambut kuat dan sihat.

Shampoo Botanical Silky Sheen Care

Mengandungi Organik Habbatus Sauda, Minyak Argan dan ditambah dengan kebaikan Rose Oil. Rose Oil membantu mengembalikan kelembapan semulajadi rambut yang kusam dan tidak teratur. Mereka yang mempunyai rambut yang kering dan kusam sangat digalakkan untuk mencuba Shampoo Botanical Silky Sheen Care. 


Shampoo Botanical Silky Sheen Care membantu menyimpan kelembapan rambut. Sekaligus rambut akan kuat, sinaran rambut dikembalikan, dan memulihkan rambut serta menjadikan rambut licin dan mudah diurus.

Shampoo Botanical Intense Nourishment

Mengandungi Organik Habbatus Sauda, Minyak Argan dan ditambah dengan kebaikan Minyak Chamomile. Ia membantu melembapkan dan menyuburkan rambut yang rosak dan kering. Minyak Chamomile juga memberikan kelembapan mendalam ke dalam kulit kepala sekaligus mengembalikan kelembutan dan kesihatan rambut. Syampu ini sesuai untuk mereka yang mempunyai struktur rambut yang kering dan kasar.


Shampoo Botanical Intense Nourishment memberikan khasiat kelembapan yang mendalam. Ia membantu merawat kerosakan rambut dan mengembalikan kelembutan dan menjadikan rambut lebih sihat. 



Cara penggunaan

Pum Safi Shayla Botanical Silk Syampoo dan sapukan syampu atas rambut basah, urut kepala sehingga berbuih dan bilas. 

Untuk hasil yang terbaik, gunakan Safi Shayla Scalp Mask / Conditioner rambut selepas syampu.


Testimoni sendiri 

Fiza memilih Safi Shayla Botanical Silk kerana syampu ini mengandungi 100% Botanical Actives, bebas paraben, halal serta selamat untuk digunakan. Ia juga sangat sesuai untuk wanita berhijab. 

Fiza juga telah mencuba ketiga-tiganya syampu ini dalam masa 2 minggu. Suka sangat dengan baunya yang wangi dan paling best wangiannya kekal selama 48 jam. Pakai tudung, buka tudung pun rambut Fiza kekal segar dan wangi. Rambut pula terasa bersih dan lembut sebaik basuhan pertama. Kulit kepala rasa segar dan selesa. Flip hair kiri kanan pun rambut jadi tak kusut. Nak sikat pun senang.


Boleh dikatakan Safi Shayla Botanical Silk sememangnya membantu Fiza dalam mengurangkan masalah rambut gugur, kerapuhan rambut serta membantu memberikan nutrien baik untuk rambut. Bila rambut cukup nutrien, barulah ia akan rambut kita cantik bersinar serta mudah diurus.

Kalau korang berminat, ia telah pun berada di pasaran. Semua rangkaian Safi Shayla Botanical Silk boleh didapati di hypermarket, farmasi, Shopee dan Lazada.

Info lanjut layari https://safi.com.my/.

Post a comment

3 Comments

  1. sblom ni dh pkai safi shayla..
    tp xsesuai ngn sy..
    mmg ok sgt utk yg bertudung tp dgn sy je xsesuai.. huhu

    ReplyDelete
  2. memang best. mek pun dah cuba shampoo safi shayla botanical silk ni. puas hati sebab rambut tak bau kepam dah bila seharian bertudung.

    ReplyDelete