Pengalaman bercuti di Pulau Tioman : Berkunjung dan beraktiviti di Kg.Tekek, Coral Island, Marine Park dan Teluk Penyu

Assalamualaikum... 27 Mac 2014, hari kedua menjanjikan pengalaman yang paling best yang kami akan bawa pulang nanti sebagai kenangan bersama... Sarapan pagi bermula jam 8 pagi.. Keluar je chalet terkejut dengan air surut, berbeza dengan pemandangan semalam... tetapi tetap cantik sebab kawasan surut dipenuhi dengan batu karang.

Air laut surut waktu pagi

Aktiviti untuk keluar daripada Kg. Tekek bermula pada 9.30 pagi selepas proses air surut selesai. Sepatutnya kami bermula jam 9.00 pagi.. air pasang surut nie memainkan peranan yang sangat penting untuk bot dan feri berlabuh.

peralatan snorkeling nanti.

jalan2 sepanjang pantai sementara menunggu pemandu pelancong

pemandangan pada waktu pagi

bergambar sebelum bertolak ke Kg. Tekek

Kg. Tekek -  Pusat bandar / pekan
Destinasi pertama, Kg. Tekek.. Tekek adalah pekan/ bandar untuk Pulau Tioman, segala kemudahan disediakan di pekan Tekek..  Pulau Tioman juga merupakan pulau bebas cukai.. Fiza mengambil kesempatan ini untuk shopping coklat. cenderamata dan yang Fiza akan beli sangat T-shirt pulau Tioman sebagai kenangan.. Masa yang diberikan pada kami hanya 1 jam untuk jalan2 kat situ.

Jeti Kg. Tekek

Tekek River Walk

kelawar bergantungan di pokok
Kedai bebas cukai

Rambang mata dengan coklat.

Pulau Coral - Batu Karang muda yang cantik
Jam 11.30, bot kami bergerak ke Pulau Coral, di sini terdapat banyak batu karang muda.. Landak laut pun ada..  Laut di sini agak cetek dan sesiapa nak snorkeling di kawasan ini kene pastikan kaki tidak terkena batu karang tersebut sebab masih berbisa.. Kami dilepaskan dari atas bot.. Fiza dengan Mr. Hubby memang tak pikir banyak dah, lepas dia turun, Fiza pun turut serta.. macam biasa umpan roti disediakan buat ikan-ikan yang comel tu.

Pulau Coral



Berada di kawasan pulau coral

Jaga-jaga kaki.. takut terkena batu karang

nampak ikan daripada atas bot

yang nie kami ambil dari dasar laut

nampak ikannya kan

Taman Laut (Marine Park) -  Pantai yang cantik
Selepas 30 minit berada di Pulau Coral,  kami dibawa ke Taman Laut (Marine Park). Di sini bot berhenti lama dan bagi yang ada keluarga boleh lah berkelah di sini.

Jeti Taman Laut

Taman Laut Pulau Tioman

Kawasan snorkeling
 kebetulan cuti sekolah, memang ramai pengunjung

Dalam air pun sempat bergambar... nampak mata Fiza jer.. hehe

spesis ikan bawal

dari atas jeti pun dah boleh nampak ikan

Teluk Penyu (Turtle Bay) - Misi mencari penyu
Makan tengah hari telah disediakan oleh pihak ejen... lepas snorkeling perut memang lapar.. lepak makan di tepi pantai, pukul 2.00 petang, kami dipanggil naik bot untuk snorkeling di Teluk Penyu.  Ia dinamakan teluk penyu sebab ada penyu.. misi snorkeling kali nie untuk mencari penyu. Laut kali nie lebih dalam, dengan bersungguh-sungguh Fiza turun untuk mencari penyu.

Menuju ke Pulau Penyu untuk mencari pendekar penyu

jom ikut Fiza cari penyu

turun dari bot

cari punye cari memang tak jumpe pun

Kat sini ikan-ikan memang jarang dijumpai dan kalau dapat tengok, warna ikan ada macam2.. biru, kuning, hijau, oren si nemo, semua ada.. memang cantik.. rasa macam tak nak balik.. nak duduk dalam air yg biru  tu disebabkan oleh ketenangannya.. kan dah berbunga ayatnye.

Ikan di teluk penyu

Penat dan sangat seronok.. Empat destinasi telah dilawati dan diterokai dalam satu hari.. balik chalet pukul 3.45 petang.. Lepas mandi dan solat, kami terus terlelap sekejap.. Kulit pun sun burn disebabkan cuaca panas.. Jam 6.00 petang Fiza bersiap untuk keluar berjalan-jalan di tepi pantai.. Sambil-sambil melihat matahari terbenam dan waktu senja di Pulau Tioman.

Cantiknya.. Ya Allah..

Begitulah catatan perjalanan hari kedua Fiza di Pulau Tioman, pengalaman yang sangat bermakna buat Fiza dan Mr. Hubby, tiada apa yang kami harapkan melainkan kebahagian dan ketenangan hati kami. Ya Allah... Kami bersyukur atas kenikmatan hidup yang telah diberikan.. semoga kami tidak lalai dalam melaksanakan ibadah terhadapmu. Amin.

Post a comment

16 Comments

  1. cantik sesangat fiza...nak snokling,tapi tak pandai nak berenang..acane tu...hhiih

    ReplyDelete
  2. bestnyer pmndgn...suka2x... =D

    xsampai lg p.tioman... :(

    kena plan jgk ni..! ^__^

    ReplyDelete
  3. bessst. huwaa cantik sangat tempat tu. salam jumaat kak :)

    ReplyDelete
  4. cantiknya laut tu fiza...lya tak pernah lagi snorkerling..mcm best nie

    ReplyDelete
  5. wah bestnya...! tapi nana takut air2 ni.hihi

    ReplyDelete
  6. nak chocolatessssssssssss D:

    teringin nak cuba snorkeling tapi fae x pandai swimming huhu

    ReplyDelete
  7. macam best je.. teringat plak masa snorkeling kat langkawi dulu.. hehe
    menabung sini..

    ReplyDelete
  8. Subhanallah, cantiknya. Air tu jernih sangat.

    ReplyDelete
  9. Kita suka pulau Tioman ni cantik..air dia jernihkan Fiza..memang best snorkeling..

    ReplyDelete
  10. subhanallah cantiknyaaaaaaaa <33333
    hihihihi

    ReplyDelete
  11. bestnyaaaaaaaaaa kak fizaaaaaaaaa aaaaaaaaaaa hihihi

    ReplyDelete
  12. best nya fiza.. akak tak pernah lagi sampai pulau tioman tu.. memang cantik la suasananya.. :D

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum fiza, bestnya snorkelling! rindu la nak tengok dalam laut ~~~

    ReplyDelete
  14. salam sis,boleh x bagi detail perbelanjaan sis??? dari hotel,makan,n aktiviti

    ReplyDelete
  15. Woaaaahh !!!! Best nya !!!! =D

    ReplyDelete