Find us on Facebook

Pengalaman bercuti di Pulau Tioman : Menginap di Kg. Salang

Assalamualaikum.. setelah seminggu pulang bercuti bersama Mr. Hubby di Pulau Tioman, hari ini baru Fiza berkesempatan untuk mengimbas semula kenangan yang terindah tersebut.. Percutian ini merupakan hadiah perkahwinan Mr. Hubby kepada Fiza. Genap 3 tahun kami berkahwin iaitu pada 26 Mac 2014. Semoga ikatan perkahwinan kita kekal hingga ke Jannah.

Sebelum nie Fiza dah ke Pulau Langkawi, Pulau Pangkor, Pulau Mentagor dan Pulau Sapi.. tetapi Pulau Tioman memang kaya dengan ikan-ikan yang sangat cantik dan indah...Pulau Tioman adalah pulau yang paling sesuai untuk aktiviti snorkeling. Indah sungguh ciptaan Allah.

Fiza akan ceritakan perjalanan ke Pulau Tioman daripada A sampai Z dan harap ia dapat menjadi rujukan buat mereka yang teringin menjejakkan kaki di sana.
Kami memulakan tempah sebulan awal kerana perancangan kami berangkat adalah pada 26 Mac 2014, bajet yang kami peruntukkan adalah RM 1500.00.

Pakej Chalet  Salang Beach Resort :  RM 700 (peak season)

Twin Sharing Room
Maximum occupancy: Two persons
3 days 2 nights package:
Rates:
Air conditioning : RM 330(Rates are per person)
Fare includes:
2 breakfasts, 1 lunch, 2 dinners
Two ways ferry (Mersing ⇒ Tioman ⇒ Mersing)
One day snorkeling tour
(water sports equipment is not included) 

Cenderamata : RM 350.00
Minyak dan tol : RM 300.00
Lain-lain perbelanjaan : RM 150.00
Total : RM 1500.00


Kami memilih Kg. Salang sebab ia terkenal dengan pantai dan laut yang jernih dan cantik... Bila dah kenal pasti tempat, barulah search kat Internet chalet yang berpatutan.

Dengan pakej yang ditawarkan.. pihak ejen telah memaklumkan bahawa feri pertama akan tiba jam 2.00 petang bergantung kepada air pasang surut.. perjalanan daripada Rawang ke Mersing memakan masa 5 jam.. Selepas subuh jam 6 pagi, tayar kami bergolek.

Kami sampai di bandar Mersing jam 11.30 tgh hari dan terus mencari parking untuk bumble bee..  Caj tempat letak kereta untuk satu malam adalah RM 18.00.. 2 malam bermakna RM 36.00.

Kawasan teduh dengan kawalan keselamatan


Jeti Penumpang Mersing


Caj Feri untuk pergi balik RM 72.00 seorang tetapi telah diletakkan dalam pakej.. kami hanya perlu membanyar Caj Pemuliharaan sahaja

Antara feri yang disediakan

Feri kami bertolak jam 2.30 petang, perjalanan memakan masa 2 jam lebih.. Fiza tidur jer sepanjang perjalanan disebabkan laut yg terlalu bergelora dan buatkan kepala Fiza pening..  Jam 4.30 petang kami selamat sampai di Jeti Kg. Salang.. Turun sahaja daripada jeti, terpampang keindahan alam yang sangat-sangat cantik dan damai.. terpegun sangat dengan kejernihan air laut di Pulau Tioman.

Jeti Kg. Salang

Kami sudah sampai

Pemandangan pertama bila tiba di Jeti Kg. Salang

anak-anak pulau berenang di tepi jeti

Peta Kg. Salang 

Salang Beach Resort berhadapan pantai 

Chalet kami bernombor 10

ruang tidur yang selesa

bersantai di tepi pantai

Berehat di bawah pokok kelapa

Lepas check in, kami terus ke pantai untuk bergambar dan berjalan-jalan di sekitar Kg. Salang.. Kawasan yang kecil tak sama dengan Pulau Pangkor atau Pulau Langkawi.. hanya perlu berjalan kaki untuk melawat sekitar Kg. Salang.

Kedai makan yang ada


Kedai bebas cukai

Gerai-gerai dan kedai yang menawarkan peralatan snorkeling dan scuba diving

aktiviti petang... lepak tepi pantai smbil tengok matahari terbenam

Pantai Kg. Salang

Makan malam kami disediakan pada jam 7 petang.. Pada waktu malam, kami mencari kedai makan untuk supper dan lepak sambil menonton televisyen.. Chalet kami tak menyediakan televisyen.. mungkin niat pemilik chalet tak nak orang duduk dalam chalet kan.. maknenye kene keluarlah sambil menyedut udara Pulau Tioman yang segar dan hangat... >_<

Itu cerita untuk hari pertama kami di Pulau Tioman.. Gambar-gambar bercuti banyak Fiza masukkan dalam FB. Bahagian kedua akan menyusul kemudian. Terima kasih kerana membaca.. 

Post a Comment

15 Comments

  1. hihi..untungnya...cantik sangat kat situ :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum fiza, wahh bestnya.. tak sabar nak baca next entri. hehehe

    ReplyDelete
  3. belom pernah lagi pergi ke pulau tioman . nampak macam menarik jugak :)

    ReplyDelete
  4. akak yang dekat ni tak pernah lagi sampai fiza...tapi cantik jugak kan kg salang tu...best la...chalet tu berapa harga utk satu malam ye fiza..

    ReplyDelete
  5. @ Kisah Si Dairy: Kak.. yang fiza menginap nie RM 110 untuk satu malam..

    ReplyDelete
  6. Wahhh... bestnya fiza! Baby dah besar sket nnt nak ajak asben pegi jgak la!!!

    ReplyDelete
  7. bestnya lya tak pernah lagi ke pulau..nnt la tunggu dah kawin nnt pi honeymoon kat pulau :)

    ReplyDelete
  8. harga pun berbaloii.. its worth right.. hehe.. nak pi sana jgklahh

    ReplyDelete
  9. kak fiza nak taw tak miza dah lama teringin nak pegi pulau tioman ni taw..tapi tak taw la bila dpt g..hahaaa!
    bestnya akan dating ngan hubby..swweettt :)))

    ReplyDelete
  10. Suka tioman. Lagi2 snorkelling. weee~

    ReplyDelete
  11. Moga berpanjangan jodohnya kak. Cantik sangat air laut tu. Teringin pula nak pergi :)

    ReplyDelete
  12. tak ada pengalaman tapi itu satu impian saya heee

    ReplyDelete
  13. Bestnya Fiza..tak sampai lagi ke sana.

    ReplyDelete
  14. macam best je.. boleh buat lokasi honeymoon ni.. hehehe
    digi sini..

    ReplyDelete