Resipi : Ikan Tongkol Percik

Assalamualaikum.. Untuk resipi kali nie, Fiza nak kongsikan resipi yang datang dari gerak hati sendiri jer.. tapi memang menjadi..  Korang pernah dengar ikan tongkol masak percik? Lepas nie try buat.. memang sedap tau.. 

Ikan tongkol percik bersama terung rebus dan budu tempoyak

Bahan Utama:
  • 2 keping Ikan tongkol (ikut saiz / kuantiti sendiri)
  • Asam jawa
  • Garam

Bahan percik:
  • 3 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1/2 bawang merah besar*
  • 1/2 bawang besar*
  • 1 inci halia*
  • 1 kotak santan*
  • 10 biji cili padi / merah (ikut pedas)*
  • 2 biji cili merah besar*
  • 1 batang Serai diketuk
  • Garam
  • Gula
  • Ajinomoto

Cara-cara:
  1. Sapukan ikan tongkol dengan asam jawa dan garam.
  2. Goreng ikan tongkol sehingga masak.
  3. Blender semua bahan bertanda * dan ditambah air sedikit.
  4. Panaskan kuali dan letak sedikit minyak.
  5. Tuangkan semua bahan yang telah diblender tadi ke dalam kuali. Masukkan serai ditumbuk.
  6. Setelah naik bau dan agak kekuningan, tuangkan santan ikut keperkatan yang diperlukan. 
  7. Kacau sehingga betul-betul pekat dan naik kekuningan. Masukkan garam, gula dan ajinomoto. Ikut selera dan cara memasak masing-masing. Kuah akan nampak kuning tanpa guna kunyit.
  8. Masukkan ikan tongkol yang telah digoreng.
  9. Sedia untuk hidang.

Selamat mencuba.

Post a comment

12 Comments

  1. Zumal nak cuba juga la... Thanks sharing :)

    ReplyDelete
  2. bse mkn aym percik je.. hikhik
    tp nmpk sedapppp

    ReplyDelete
  3. Nanti akak nak cuba gak eh

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum..

    wah.. sedap nyer menu kat sini.. terliuh mselim3 hehehe

    mselim3

    ReplyDelete
  5. Tiey suka sangat ikan tongkol especially yg bahagian kaler gelap tu. ehehe

    ReplyDelete
  6. nyummm TT_TT
    PERCIK MY FAV OHHH <333

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum fiza, terliur sheila tau T________T"

    ReplyDelete
  8. Boleh cuba resepi ikan tongkol percik ni..terliur pula akak

    ReplyDelete
  9. salam...sedap nya tgk hidangan tu.. ikan tongkol percik ye..hehe..blh la try time cuti2 nanti

    ReplyDelete
  10. miza tak pernah dengar,wahaha..teruknya kan..!
    tapi memang nampak sedap la..perut ni haa bunyi2 je tengok T-T

    ReplyDelete