Find us on Facebook

Pertama kali berkunjung ke "Masjid Besi" Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, masjid utama kedua di Putrajaya

Assalamualaikum. Apa ke peliklah kami nie. Staycation kat Putrajaya je. Macamlah Sg. Buloh tu jauh sangat, balik hari pun boleh. Dah jadi hobi kami pula lepas stay hotel, pergi camping. Syiok la cam nie dan nielah bahagia cara kami walaupun pada hakikatnya penat nak kemas baju masuk beg, tapi mikirkan nak pergi jalan-jalan, makan sedap-sedap, jadi bersemangat tu.


Pertama kali berkunjung ke "Masjid Besi" Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, masjid utama kedua di Putrajaya | Memandangkan kami stay di Hotel Dorsett Putrajaya yang berhadapan dengan Masjid Besi, lepas check in kami terus jalan kaki ke masjid tu. Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, masjid utama kedua di Putrajaya. Masjid ini telah dibuka secara rasmi oleh Yang di-Pertuan Agong ke-13, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 11 Jun 2010.



Banyak kali lalu pun Fiza tak pernah singgah. Husband je selalu datang solat Jumaat kat sini. Kalau pergi Putrajaya pun akan singgah solat di Masjid Putra yang warna pink tu. Kesempatan nielah yang Fiza gunakan, masuk dan tengok sendiri kecantikan Masjid Besi secara dekat. 



Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin sememangnya unik. Korang boleh google je tentang ciri-ciri masjid ini, seni bina dan apa yang buatkan Masjid Besi ini istimewa. Masjid nie memang sejuk sebab ciri-ciri binaan dia.




Masjid ini juga bertentangan dengan Istana Kehakiman, nun jauh boleh nampak kubah warna kuning. Nak tengok view nie korang kena naik atas. Bila datang pandai-pandailah kan nk explore, kita nak explain pun tak pandai nak explain.



Bila waktu mula senja, masjid jadi makin cantik dengan lampu-lampu. Suasana kat Putrajaya nampak tak sibuk langsung. Jalan nampak lenggang tapi ramai yang ada kat hotel nie. Food truck Putrajaya pun ada kat depan tu je. Kami balik hotel lepas makan kat situ sambil layan live band sebelum maghrib.



Malam lepak bilik. Buat persiapan, gosok baju untuk esok, ada kenduri di Kajang. Nak tengok suasana Food Truck Putrajaya? Nanti kita story. 

Wassalam.

Post a Comment

0 Comments