Parrot Natural Body Wash | Mandian Shower Cream dan Bar Soap dengan wangian bunga dan herba yang unik

Assalamualaikum. Siapa tak suka wangi? Semua orang suka wangi-wangi nie. Tapi wangi nie bukan sekadar sembur minyak wangi je tau. Pemilihan sabun mandi pun penting, sebab lepas mandi kalau tak sabun rasa badan tak bersih. Nak share sabun favorite Fiza sekarang nie, nak tahu sabun apa?

Sabun legend yang ada gambar "Parrot" tu. Jom baca review sabun Parrot Natural Body Wash kini telah berada dalam pasaran Malaysia.

Parrot Natural Body Wash | Mandian Shower Cream dan Bar Soap dengan wangian bunga dan herba yang unik | Kalau tanya mak-mak kita, mesti dorang kenal sangat dengan sabun Parrot nie. Ada orang panggil "Sabun Popinjay" atau sabun Thailand hijau. Fiza pun pernah tengok sabun parrot nie sejak zaman kanak-kanak lagi. Paling famous yang warna hijau dengan bau wangi herba dia, mengimbau zaman kanak-kanak sungguh. 


Zaman makin moden, sabun mandi pun makin moden jugak. Mana sah kalau sabun mandi takde jenis shower cream nie. Macam Fiza pun suka mandi dengan shower gel, boleh picit dan sapu seluruh badan. Macam husband Fiza still pakai sabun bar tu, lain orang lain cara mandi.



Jenama Kebanggaan Orang Thai

Sabun herbal parrot telah berada di pasaran selama 70 tahun kerana sabun ini membawa banyak manfaat untuk kulit. Mengandungi bahan-bahan herbal semulajadi yang dapat membantu mereka yang mempunyai masalah gatal kulit, jerawat dan masalah-masalah kulit yang lain.

The Pride of Thais - Produk Premium Thailand 2016

Merupakan jenama Kebanggaan Orang Thai dan telah mendapat pengiktirafan oleh Kementerian Perindustrian dalam Kategori Kecantikan dan Penjagaan Diri sebagai Produk Premium Anugerah Thailand.


Rangkaian Parrot Natural Body Wash 

Terdiri daripada Parrot Botanicals Shower Cream dan Parrot Botanicals Bar Soap dengan 9 wangian yang berbeza.


Parrot Botanicals Bar Soap
No.1 Authentic Thai Botanicals Freshness

Sabun Parrot Botanicals mengandungi Citronella Oil yang boleh membunuh bakteria dan menghalang pertumbuhan bakteria pada kulit yang menyebabkan dermatitis dan jerawat. Minyak Citronella berbau manis kaya dengan sitrus dan aroma seperti lemon bertindak sebagai deodoran.

✓No.1 Authentic Thai Botanicals Freshness
✓Haruman Botani Thai yang Unik dengan Minyak Herba Tradisional
✓Kesegaran Berpanjangan

Tak sabar nak guna

Parrot bar soap ada 9 haruman di pasaran, dan Fiza dah try 5 daripadanya iaitu:
  • Thai Botanical & Herbs (Classic Series) 
  • Sweet Pink Roses (Classic Series)
  • Thai White Jasmine (Classic Series)
  • White Sakura (Pastel Series)
  • White Thanaka (Pastel Series)

Baunya yang wangi juga menyegarkan tubuh kita setiap kali menggunakannya. Serius best sangat sabun bar soap nie. 


Thai Botanical & Herbs

#1 Best selling
Wangian Botani Thai yang unik dengan
 minyak Cengkih dan minyak Citronella.


Sweet Pink Roses

Sweet Romance Scent of Rose
Mencantikkan kulit dengan haruman Rose dan Aloe Vera


Thai White Jasmine 
Pure Whispering Sweet Scent of Thai Jasmine
Memanjakan kulit dengan ekstrak dari dan Tamarind


White Sakura 
Segar lembut dengan sakura putih
Diselitkan dengan kulit yang lebih cerah dan merah jambu semulajadi


White Thanaka
Memberi kesegaran dengan khasiat “White Thanaka”
Untuk kulit wangi yang lebih cerah dan tahan lama



Parrot Botanicals Shower Cream (Liquid Soap)

Signature Natural Flower Scent

Bauan shower cream Parrot memang tak sama dengan sabun mandi jenama lain di pasaran. Bau bunga dari alam semulajadi dan ia boleh kekal pada kulit selama 8 jam tau. Sebab itu brand ini kekal dan lama di pasaran kerana keaslian dan manfaat herbal dalam mandian ini.


Untuk Shower Cream Fiza dah cuba 3 wangian iaitu :
  • Thai Botanical and Herbs (Classic Series)
  • White Sakura (Pastel Series)
  • White Thanaka (Pastel Series)


Thai Botanical & Herbs


Bau Parrot’s Signature digabungkan dengan bahan-bahan botani Thailand yang jarang ditemui, menjadikan kulit segar dan wangian tahan lama. Botol pun warna hijau, sama dengan warna bar soap juga cuma yang nie bertekstur cecair. 


Parrot’s Signature

Bau botol pun dah harum


White Sakura

Haruman yang menyegarkan dengan White Sakura diselitkan dengan manfaat kulit merah jambu semulajadi bagi bantu mendapatkan kulit yang lebih cerah dan wangian yang tahan lama.


White Sakura, pink kita suka


Nak kulit pink, try White Sakura



White Thanaka

"White Thanaka" untuk keharuman yang smooth radiance dan tahan lama serta bantu kembalikan kesegaran kulit. Korang yang nak kulit cantik, elok pakai yang nie sebab ada ekstrak thanaka.  


Khasiat Thanaka dalam mandian White Thanaka


Rahsia kulit lembut dan cantik

ada dalam nie 



Meriah buih sabun lembut pada kulit 


Terus terang sebelum ini memang Fiza tak pernah cuba mandian Parrot Botanicals. Entah macam mana teringin nak guna sebab Fiza memang jenis yang suka tukar-tukar sabun mandi. Kebanyakkan sabun mandi yang Fiza guna akan bagi kesan gatal lepas mandi. Selalunya tak serasi.

Krim mandian 

Sekali pum buih meriah

Lembut pada kulit


Buih dia lembut dan paling best korang akan rasa bersih sangat lepas mandi. Hilang segala daki, kotoran dan bau peluh badan. 

Saiz mudah pegang

Haruman asli kekal 8 jam

Sesuai untuk mereka yang mengalami kulit sensitif

Lepas pakai sabun Parrot nie, pelik takde pun gatal-gatal lepas mandi. Serasi mungkin. Wangi dia memang lama kalau korang sabun kat badan dan tangan. Terbaiklah sabun Parrot nie. 

Kalau tanya Fiza yang mana bau paling best. Susah nak cakap sebab semuanya wangi dan harum serta authentic sangat. Lepas mandi automatik toilet korang juga akan berbau harum dan kalau dibiarkan sabun tu dalam toilet, boleh jadi wangian untuk toilet tau. Nice betul.

Jom tengok video nie, review ikhlas dari hati tau...



PARROT NATURAL boleh didapati di Malaysia SEKARANG!

Mana nak beli sabun sabun popinjayJom dapatkan Mandian Shower Cream dan Bar Soap No.1 AUTHENTIC THAI BOTANICALS FRESHNESS. Korang boleh beli di Shopee, direct link --> Parrot Natural


Ada banyak lagi produk keluaran Parrot Natural nie kalau korang nak tahu. Boleh check out laman sosial Parrot Natural di bawah.  


#ParrotNatural #ParrotNaturalMalaysia #ShowerCream #Soap #Imported #Thailand #VITAMDEDIA

Post a Comment

5 Comments

  1. Bersih dan wangi! Tentu semua orang suka, sebab ia menenangkan. Wah, aroma sabun parrot tahan sampai 8 jam ye.

    ReplyDelete
  2. Kalau produk thai ni selalu baunya wangi2 :D

    ReplyDelete
  3. Diah membesar panggil sabun Popinjay..dia wangi semacam tu suka tu

    ReplyDelete