Berkunjung ke Pesta Buku Antarabangsa KL 2022 bersama anak-anak

Assalamualaikum. Pertama kali Fiza datang pesta buku dengan anak-anak. Itu pun secara kebetulan kami ke Sunway Putra Mall nak beli barangan keperluan harian. Alang-alang PWTC pun kat sebelah je, kaki kami terus ke sana, jalan kaki ikut laluan atas pejalan kaki. 


Berkunjung ke Pesta Buku Antarabangsa KL 2022 bersama anak-anak | Kami datang pada hari akhir pesta ini berlangsung. Ia telah bermula pada 3 Jun sdan berakhir 12 Jun 2022. Macam biasalah, ramai betul pengunjung di saat akhir. Sesak jugak dalam PWTC tu. Bayangkan macam kita berada dalam lautan buku. 

Korang nak cari buku apa pun ada. Sebabkan kami datang nak tengok-tengok, takde lah stress sangat nak mencari buku. Tempat besar, macam-macam booth buku ada. Kita jalan-jalan enjoy-enjoy je.




Rezeki dapat berjumpa Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri di booth buku beliau Pustaka Cahaya Kasturi. Kalau ikutkan ramai lagi penulis yang ada, tapi kami tak berapa kenal. 


Meriah dia memang lain macam. Sebabkan hari akhir, banyak seller buat lelongan buku. Meriah sungguh macam kat pasar malam. Kami jumpa booth Karangkraf, paling besar kot. Lepas tu pergi bahagian komik dan majalah. Rembat Majalah APO. Lama tak baca.

Lepas tu ada orang jual cincin Jed. Batu Jed ori, memang cantik. Husband belikan sepasang buat kami berdua. 






Begitulah kisah kami menyebok kat Pesta Buku Antarabangsa KL 2022. Just nakkan kemeriahan. Baru tahu betapa banyaknya buku kat sini. Sampai boleh sesat. Anak-anak memang kena jaga betul-betul takut dorang hilang. Kalau dah hilang memang tak akan jumpa dah. 

Wassalam.

 

Post a Comment

1 Comments

  1. Seronoknya dapat jumpa figura terkenal. Bawa anak-anak ke sini dapat semai semangat cinta buku tu bagusnya

    ReplyDelete