DIY Scrub muka dan badan guna Safi Hijabista Bodycare

Assalamualaikum. Korang rajin tak scrub muka. Memang banyak jenama scrub muka di pasaran tapi kali nie Fiza nak ajar korang buat sendiri scrub muka guna dua bahan je tapi kesan dia memang best. 


DIY Scrub muka dan badan guna Safi Hijabista Bodycare | Kenapa pentingnya kita scrub muka dan badan? Bagi menyingkir sel kulit mati yang ada pada kulit, kita perlu scrub muka nie. Tujuan scrub juga adalah bagi membuang segala kotoran produk, make up yang mungkin ada berbaki lagi kat kulit muka. Itu yang menyebabkan kulit kelihatan kusam dan gelap.

Begitu juga dengan badan, korang try scrub badan time mandi atau mandi lulur. Mandi lulur bertujuan membuang daki-daki yang melekat pada kulit. Dalam masa yang sama kulit-kulit mati akan turut tertanggal. Dengan tertanggalnya kulit-kulit mati yang kusam, kita akan berasa lebih segar dan terlihat lebih cerah.


Untuk DIY scrub muka dan badan korang hanya perlukan Safi Hijabista Bodycare dan juga serbuk kopi. Bila campur kedua-dua bahan nie, korang akan dapat aroma bau yang sangat best dan wangi. Bau losyen dengan kopi. Harum sangat. 

Serbuk kopi pun banyak manfaat, salah satunya bantu hilangkan lingkaran bawah mata. Sapu kat bawah mata, urut secara lembut. Korang buat 2 kali seminggu. Boleh nampak hasilnya. 


Nak lagi faham, korang boleh tengok video kat bawah nie. Sure lepas nie kulit korang cerah berseri dan smooth je.


Jom shoping porduk Safi kat sini --> Safi Hijabista Bodycare

Wassalam.

Post a Comment

2 Comments

  1. Scrub muka selalu. Badan je dah lama tak buat. Menarik juga ni combine dengan serbuk kopi

    ReplyDelete