Food Review | Restoran Arab famous di Putrajaya Mr. Kabab & Biryani

Assalamualaikum. Food review time!!! Kami nie memang suka sangat Nasi Arab. Kalau dalam deret restoran ada Nasi Arab, memang kami akan pilih Restoran Nasi Arab. Kalau korang nak baca review-review pasal nasi Arab, search je kat blog kita nie. Ada la beberapa Restoran Nasi Arab yang kami dah layan. 


Food Review | Restoran Arab famous di Putrajaya Mr. Kabab & Biryani | Alang-alang dah ada kat Putrajaya, time nie la nak cuba. Husband cakap Restoran nie memang famous kat Putrajaya dan dia pun pernah makan kat sini time lunch dengan member office dia. Okay sangat la tu. Sambil-sambil boleh review Mr. Kabab & Biryani Putrajaya nie sekali.



Restoran nie memang besar terletak di Jalan Diplomatik 3/1, Presint 15, Putrajaya. Kami datang sini waktu lunch dah boleh kata ramai juga yang makan sini. Siap ada ruangan playground untuk anak-anak bermain. 

Sambil nak tunggu makanan sampai, anak-anak boleh la bermain. Bagus juga dorang buat macam nie, kalau tidak nak main henpon je. Bukan boleh menunggu sikit, cepat betul bosan budak-budak zaman sekarang nie. 



Menu yang kami order macam biasalah Lamb Mandy dan Fish Mandy. Lepas itu wajib ada Hummus sebab yang nie memang favorite si kecik berdua tu. Kemudian kami ambil set burger dengan fries. Makan makanan arab mesti minum air Barbican. Sampai semua jom makan. 

Hummus

Lamb Mandy

Fish Mandy

Burger and Fries

Barbican Raspberry dan Lemon 

Harga yang berpatutan



Apa yang nak Fiza bagitahu memang makanan Arab kat sini sedap. Sedap dan sampai licin kami makan. Kalau dekat memang dah repeat selalu nie. Lamb dia lembut, memang terbaiklah. 

Lagi satu harga makanan pun murah tau. Sebab kalau korang selalu makan Nasi Arab, harga RM 30 itu biasa, tapi kalau bawah RM 30 tu dikira murah dan berbaloi dengan portion dia yang banyak. Lamb Mandy tak sampai RM 30, puas hati betul. Patutlah warga Putrajaya suka makan Nasi Arab.

Korang kalau berkesempatan ke Putrajaya, pastikan try makan kat sini.

Wassalam.
 

Post a Comment

1 Comments

  1. Sama mcm ayah saya, mmng pantang makan nasi arab. Dulu pernah makan sini few years back. Harga dia mmng berpatutan! Sesuai bawak family

    ReplyDelete