Rezeki anak terima 2 kotak Huggies Ultra Natural Soft Pants Playbox Super Jumbo Pack

Assalamualaikum. Alhamdulillah, sekali lagi Fiza diberikan rezeki oleh Allah apabila berpeluang untuk membuat review bagi pihak Try and Review dan juga Huggies Malaysia. Sebelum ini Fiza pernah dipilih oleh Try and Review untuk memberikan review mengenai Huggies Ultra Natural Soft Pants dan kemudiannya diberikan hadiah Huggies Diapers bag dan wet tissue susulan selepas review tersebut. 




Rezeki anak terima 2 kotak Huggies Ultra Natural Soft Pants Playbox Super Jumbo Pack | Rezeki tidak salah alamat apabila Fiza menerima mesej di handphone dan pada mulanya Fiza ingatkan scammer. Saat akhir Fiza tergerak hati untuk redeem mengikut mesej yang diberikan dengan kod pembelian. Tak sangka ianya betul. 

Rupanya memang mesej dari pihak Try and Review yang mana Fiza tak pernah tahu yang mereka memberikan mission melalui mesej telefon. Kalau ikut cara biasa, mestilah mereka akan emel atau whatsapp. 






Memang eksited bila dapat 2 kotak besar parcel yang mengandungi Huggies Exclusive Playbox. Memang rezeki Huwainaa sungguh. Jimatlah belanja diapers untuk bulan ini. Review yang ditawarkan adalah untuk : 
  • Huggies Ultra Natural Soft Pants Playbox XL38 x 3 Super Jumbo Pack
  • Huggies Ultra Natural Soft Pants Playbox XXL32 x 3 Super Jumbo Pack

Huggies Ultra Natural Soft Pants Playbox XL38 x 3 Super Jumbo Pack - Football


Huggies Ultra Natural Soft Pants Playbox XXL32 x 3 Super Jumbo Pack - Basketball


Nak DIY Playbox pun mudah sahaja. Ada panduan ringkas di tepi kotak. Tak sampai 10 minit boleh siap DIY. Bukan Huwainaa je yang eksited bila tengok playbox yang dah siap, Thaqif pun seronok kemain. Mujur ada dua, kalau tak memang bergaduh berebut la alamatnya.











Huggies Natural Pants memang lembut. Pilih pants sebab senang nak pakaikan pada anak. Lagipun lampin huggies sekarang dah ada wetness indicator, yang mana design garisan kuning akan bertukar biru apabila anak kita membuang air. Jadinya kita boleh tahu waktu bila lampin perlu ditukar. 

Senang juga nak buang dalam tong sampah sebab ada pita pelekat belakang. Memang tiada sebab untuk Mama tukar jenama lain selepas guna Huggies Natural Pants. Paling penting tak bocor tepi bila anak buang air besar.

Terima kasih Huggies Malaysia dan Try and Review atas peluang review yang diberikan. 

Huggies Playbox kini boleh didapati di Lazada https://2g.to/6wNFZ/4Bm

Post a comment

4 Comments