Ais Krim Inside Scoop ada banyak pilihan perisa yang sedap

Assalamualaikum. Bulan lepas Fiza join satu peraduan diberi nama Colevent X Inside Scoop "Road to Influencer" Contest. Rezeki bila terpilih oleh pihak Inside Scoop untuk review ais krim dorang nie. Jadi dorang bagi baucer code untuk tebus ais krim mereka di outlet Inside Scope sekitar Lembah Klang.

Oleh kerana One Utama paling dekat dengan Fiza, jadinya selepas 3 bulan tak jejakkan kaki ke Mall disebabkan PKP, kiranya inilah mall pertama yang Fiza masuk selepas PKP.


Ais Krim Inside Scoop ada banyak pilihan perisa yang sedap | Agak mencabar juga bila masuk OU sebab Fiza kurang familiar dengan mall nie. Berapa kali pergi pun boleh dikira dengan jari walaupun tak de lah jauh dari rumah. Jadinya bila sampai memang mencari. Habis level mall Fiza terjah. Sebab kalau ikutkan alamat di di level G. Tapi tak jumpa.


Dapatlah cuci mata dalam Mall walaupun tak berapa berani nak masuk shop. Jumpa juga Inside Scoop nie, rupanya kat bridge OU tu. 


Bila dah jenguk jenis ais krim, memang rambang mata dibuatnya. Ada lebih kurang 18 perisa untuk dipilih. Pilih punya pilih, macam biasa perisa pilihan mint chocolate chip dan chocolate. 





Bila dah masuk peraduan mestilah ada pemenangnya kan. Owh.. Fiza tak menang apa-apa pun. Siapa yang menang pun Fiza tak tahu. Tak kisahlah janji dapat rasa ais krim percuma. Sedap ais krim nie. Kalau jumpa lagi inside scope kat mana-mana Insya allah akan beli. Harga? murah sedikit dari baskin robbin. Jadi korang pernah cuba tak?

Wassalam. 

Post a comment

10 Comments

  1. Sedapnya.. Banyak sangat lambakan ice cream tapi tahu mana satu nak try. kena plak kalau perasa banyak, x sempat nak cuba semua!

    ReplyDelete
  2. Tak pernah cuba lagi.. banyak pilihan perisanya ye.. nak cuba juga lah nanti

    ReplyDelete
  3. Nampak pon sedap..nanti nak cuba juga lah

    ReplyDelete
  4. Kita pun paling suka aiskrim perisa mint

    ReplyDelete
  5. Pernah sekali baru ke inside scoop. Sedap aiskrimnya!

    ReplyDelete
  6. Sedapnya aiskrim. Tak pernh rasa lagi

    ReplyDelete
  7. Ada satu dekat office. Tapi so far jeling je. belum rasa lagi.

    ReplyDelete
  8. lama nda makan aiskrim hehe nampak sedap pulaa

    ReplyDelete