Hadiah Try and Review : Huggies diaper bag and baby care wipes

Assalamualaikum. Baru-baru ini Fiza telah terima hadiah dari pihak Try and Review berupa beg lampin dan juga baby care wipes. Alhamdulillah rezeki Huwainaa. Pada awalnya kami dipilih untuk review produk Huggies Natural Soft Pants. Tak sangka pihak Try and Review ada hadiah pula menyusul selepas itu. 




Hadiah Try and Review : Huggies Diaper bag and baby care wipes | Kalau produk lampin pakai buang terus terang Fiza cakap, Huggies bukan jenama pilihan kami. Tapi apabila diberi untuk mencuba Huggies Natural Soft Pants, tahu tak yang Fiza sangat terkejut dengan kelebutan lampin di bahagian pinggangnya.

Jenama sebelum ini, tak selembut itu. Keseluruhan lampin memang lembut dan dapat dibayangkan betapa selesanya Huwainaa bila pakai.





Huggies Diaper bag yang Fiza dapat pun cantik dan besar. Boleh pakai untuk pergi jalan-jalan nanti. Tisu basah Huggies pun best. Tak pernah dan tak tahu pun kewujudan  baby care wipes jenama Huggies. Lepas nie kalau dah habis guna boleh beli jenama Huggies pula. 


Huggies Diaper bag


Huggies baby care wipes 


Terima kasih Try and Review Malaysia dan Huggies Malaysia. Huwainaa sekarang dah jadi baby Huggies. Review penuh boleh baca Huggies Natural Soft Pants.

Wassalam.

Post a comment

3 Comments

  1. Ini jenama yang branded dlm kelasnya. Dulu masa anak2 baby tak mampu nak pakai. Dah mahal mestilah berkualiti :)

    ReplyDelete
  2. comelnya beg huggies tu. cantik warnanya 😍😍😍

    ReplyDelete