Assalamualaikum. Rasanya dah tiba masa untuk Fiza menulis pengalaman tahun lepas 2025, yang mana Fiza tak sangka langsung ianya akan terjadi. Pada 21 April 2025, Fiza selamat menjalani pembedahan disebabkan cyst pecah. Kalau ikutkan Fiza tak nak share tapi untuk rasanya tak salah sharekan, mana tahu ada juga kalangan korang yang turut ada pengalaman macam Fiza nie.
Daripada Sakit Tiba-Tiba Ke Bilik Bedah: Pengalaman Cyst Pecah | Mesti korang pun nak tahu kan, macam mana tanda-tanda ada cyst tu, macam mana sakit dia, macam mana tergerak nak ke hospital. Okay itu yang Fiza nak share. Dari awal sampai ke akhir, in syaa Allah. Cerita nie berlaku di akhir bulan syawal. Ketika kami seronok beraya, kebetulan hari yang sama Fiza dapat jemputan open house. Malam tu, 20 April 2025 dalam pukul 3 pagi, Fiza sakit perut sebelah kanan.
Rasa sakit tu macam senggugut, macam nak beranak. Lepas itu on off. Pagi tu memang Fiza dah tak boleh tidur. Baring tak kena, berdiri tak kena, sakit tu mencucuk-cucuk. Ikutkan sebelum ini kebaya raya muat lagi, tapi pagi tu masa dah siap-siap pergi open house, rasa perut nie penuh sangat. Memang takde mood betul. Sakit makin teruk tapi Fiza tahan je.
Lepas balik open house, husband terus bawa pergi klinik swasta. Doktor kata tiada apa yang serius, cuma kencing kotor. Okaylah, kami pun balik ke rumah. Tapi lepas makan ubat pun, sakit makin teruk.
Malam tu jugak dalam pukul 10 malam Fiza ajak husband ke Hospital Sg. Buloh, hospital paling dekat dengan rumah kami. Tekad sangat dah, Fiza siapkan baju, dan barang peribadi semua, standby dalam kereta. Husband pun bawa Fiza ke unit kecemasan.
Sampai kat hospital, badan Fiza jadi kejung sebelah kanan. Tak boleh gerak, itu kot rasanya strok. Sakitnya tak payah cakap, dalam hati sampai terdetik mati lagi baik sebab terlalu sakit, lagi sakit dari beranak.
Sampai kat zon kecemasan, sakit tu reda sikit dan Fiza masih boleh sabar. Rasa kejung tadi berkurang. Bila dapat masuk jumpa doktor, dia cina, doktor pun scan perut sambil tekan-tekan perut belah kanan. Dia tanya sakit ke, Fiza jawab secara menjerit sakit laaaaaa!! sebab dah tak tahan sangat time tu. Maaf doktor sebab kasar, soalan doktor pun time tu mengundang dan tiba-tiba strok tu datang lagi, badan Fiza kejung, dah terdetik ajal Fiza mungkin dah dekat.
Doktor syak mengandung luar rahim. Terkejut pun ada, bila masa pula kita nie mengandung. Dorang terus tolak ke zon merah, kes kecemasan, pembedahan segera. Kalau tengok drama korea tu memang Fiza nie kes ajal hujung tanduk dah. Masa ini hanya mampu mengucap banya-banyak je sebab sakit dia memang ikutkan Fiza dah tak mampu nak tanggung.
Antara sedar dan tak sedar, doktor bagitahu Fiza mengandung, tetapi luar rahim, terpaksa buang ovari sebelah kanan. Perut akan ditebuk atau dibelah. Semua cakap-cakap doktor tu Fiza angguk je, nak buat apa pun buatlah, Fiza serahkan pada Allah. Kalau ini pengakhiran hayat, Fiza terima. Punye pasrah dah time tu. Mengucap tanpa henti, mengharapkan pengakhiran hidup yang baik. Anak-anak in syaa Allah, husband ada, Allah pun ada akan jaga dorang.
Adik bongsu datang melawat
Dorang cek stok darah, kebetulan ada satu beg yang dorang dah standby. Ada banyak doktor nak buat pembedahan Fiza nie, time tu rasa macam rezeki, Hospital Sg. Buloh banyak doktor pakar.
21 April 2026 jam 1 pagi Fiza dibawa masuk ke dewan bedah, dibius penuh. Ajal maut Allah dah tentukan. Pukul 3 pagi Fiza selamat dibedah. Husband bagitahu dia tak putus-putus doa di surau hospital. Dia tunggu dengan sabar sambil seorang pengawal keselamatan sentiasa bagi kata-kata semangat.
Bila dia tengok mata Fiza dah buka, kembali juga semangat dia kalau siapa yang kena bius penuh nie risiko dia sama ada sedar atau tidur selamanya.
Dalam keadaan mamai, Fiza terus ke wad pemantauan. Nak tahu apa jadi, apa yang doktor dah buat, tunggu jelah laporan doktor esok. Fiza nak rehat sebab badan rasa penat dan sakit tadi pun dah hilang. Alhamdulillah.
Pengubat sakit kat hospital nie nak tahu apa? Makan... Ya Allah kenapa makan kat Hospital Sg. Buloh nie sedap-sedap. Dulu orang cakap makan tak hospital tak sedap. Tapi bila kita dah kena admit nie, tak sangka semewah ini. Makan 4 kali sehari, masakan sedap, cukup segala khasiat. Malas dah pikir nak pantang sebab kena jahitan ke apa, yang penting badan cukup tenaga kalau nak sihat semula. Ini peluang kedua hidup yang Allah berikan untuk Fiza.
Sarapan 7 pagi
Tengah hari 11 pagi
Minum 3 petang
Makan malam 6 petang
Hari pertama kena admit, just enjoy the day. Anggap je Allah bagi cuti. Kisah bedah tadi tak habis lagi kan. Jadinya, kisah dia macam ini. Masa Fiza dibawa ke bilik bedah, dorang bedah bawah perut lebih kurang 10 cm. Fiza bukan mengandung luar rahim sebaliknnya cyst pecah dan paling mengerikan, darah dah penuh dalam perut. Fiza hilang 1.5 liter darah. Doktor bagitahu dorang dapat topup satu beg darah dan yang lain Fiza tahu ini adalah bantuan Allah. Sebab itu Fiza selamat.
Doktor juga sahkan Fiza mengandung yang mana Fiza sendiri pun terkejut. Kantung baby dorang dapat selamatkan, cuma tak tahu lagi selamat itu takat mana. Masa itu baru Fiza sedar yang ada nyawa lain yang sedang menyelamatkan Fiza. Kalau Fiza tak sakit macam ini, Fiza pun tak tahu yang selama ini Fiza ada cyst. Memang tak tahu langsung sebab period semua okay. Tak de pun senggugut, semuanya normal. Entah cyst nie datang dari mana Fiza pun tak tahu.
.jpeg)
Admit wad 3 hari 2 malam
Tiada proses buang ovari, doktor hanya bersihkan darah yang bocor dan cyst yang pecah. Jadinya segala urusan dipermudahkan. Yang Fiza jadi keliru, umur dah hampir 40 nak kena mengandung. Masa itu husband bagitahu kalau kita nak dapat baby lagi terima jelah sebab semuanya tak dijangka. Macam mimpi pun ada. Adakah kami kena beli barang baby lagi, baby chair segala barang baby semua kami dah buang, sedekah.
Malas nak pikir banyak, Fiza terima sahaja. Yang penting semuanya dah selamat. Fokus dah baik luka jahitan je. Tak pasal ada luka macam beranak czer. Kena cucuk sendiri ubat cair darah macam orang beranak czer. Kita nie tak pernah beranak czer, kali nie merasa la kena cucuk badan sendiri.
Ubat cair darah
Dah ada pengalaman cucuk sendiri
Ready nak balik tengok anak
Nak dipendekkan cerita, Fiza check out hospital 23 April 2025, dapatlah check in 3 hari 2 malam kat Hospital Sg. Buloh tu. masa tu semuanya dah stabil.. darah okay. Fiza juga period time tu.. jadinya tiadalah rezeki anak. Semuanya dah ditakdirkan oleh Allah. Maka yang Fiza perlu fokus sekarang adalah untuk sembuh sepenuhnya.
Boleh kata ia adalah pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Mula-mula Allah bagi sakit, lepas tu, dapat makan sedap-sedap, dapat rehat itu pun dah bersyukur sangat. Paling best dapat kenal dengan jiran-jiran sebelah katiL. Macam-macam sakit yer orang perempuan nie.
Terima kasih buat semua doktor dan nurse Hospital Sungai Buloh yang telah merawat dan menjaga saya dengan penuh perhatian. Jasa dan kebaikan kalian akan sentiasa saya hargai.
Alhamdulillah, syukur kerana semuanya dipermudahkan dan saya diberi kesempatan untuk kembali pulang kepada keluarga.
0 Comments