Find us on Facebook

Baskin Robbins Ice Cream Cake untuk Thaqif Khalaf sempena hari jadi ke-5

Assalamualaikum. Sempena hari jadi ke-5 anak sulung Fiza, dedi dia hadiahkan Ice Cream cake dari Baskin Robbins. Thaqif Khalaf dilahirkan pada 1 Mac 2015 di Hospital Selayang. Penantian 3 tahun yang sangat bermakna bila kami dihadirkan dengan seorang cahaya mata lelaki pertama.



Baskin Robbins Ice Cream cake untuk Thaqif Khalaf sempena harijadi ke-5 | Sekarang Thaqif dah masuk tadika. Masalah di nie susah bangun pagi nak mandi. Memang mencabar kesabaran jugaklah setiap hari. Kadang-kadang mandi sambil tidur. Alahai tak boleh nak buat apa dah.

Paling suka tiup lilin. Banyak kali nyanyi lagu HB





Esoknya pun tiup lilin lagi
Khayra pun tumpang tiup lilin



Kami sambut simple-simple je di rumah. Beli kek, nyanyi, tiup lilin. Lagi pun itu yang Thaqif suka. Sebagai kenangan Fiza coretkan di sini.

Happy Birthday Thaqif Khalaf yang ke-5 tahun. Semoga membesar dengan sihat dan ceria selalu. Mama doakan Thaqif berjaya di dunia dan akhirat. Mama, dedi dan Huwainaa sayang Abg Thaqif. Amin. 

Wassalam.

Post a Comment

3 Comments

  1. that's it lepas habis kene quarantine ni nak pegi makan baskin robin hahaha.
    sedapnya kalau dpt chocolate mint or cotton candy. yummyyyyy

    ReplyDelete
  2. happy birthday thaqif..kek aiskrim baskin robbins mmg sedap

    ReplyDelete
  3. Selamat hari lahir Thaqif 😘

    ReplyDelete