Ecoluxe ceiling fan | Kipas dengan remote, rumah nampak mewah dan elegan

Assalamualaikum. Dalam tak sedar kita telah banyak habiskan masa di dalam rumah. Mana taknya dengan situasi pandemik yang melanda dunia dan sekarang ini ramai pula yang bekerja dari rumah (BDR atau WFH). Nak keluar rumah pun kita takut, jadi untuk jadikan suasana dalam rumah ceria dan tidak membosankan, salah satunya adalah dengan mencantikkan dalaman rumah. 


Ecoluxe ceiling fan kipas dengan remote, rumah nampak mewah dan elegan | Bagi Fiza sendiri selain daripada rumah yang kemas, dengan dekorasi yang cantik, pemilihan kipas juga penting. Fiza lebih suka kipas siling yang bewarna gelap, tak kisah nak letak di ruang tamu atau bilik tidur. Ruang tersebut akan nampak ekslusif jika nak dibandingkan dengan warna putih yang mana habuk kipas akan mudah dilihat. Almaklumlah kita nie bukan rajin sangat nak panjat cuci kipas kan.

Disebabkan memang dah lama letak impian nak pasang kipas siling berlampu dalam rumah. Jadinya sebelum PKP 3.0 hari tu, sempat Fiza dapatkan kipas Ecoluxe Premium Series Model ECO-333 52" DC Fan. Kipas siling 3 bilah berlampu Led 3 warna 18W.


Kenapa Fiza pilih jenama Ecoluxe? Brand baru ke? Ramai yang tanya bila Fiza buat unboxing kat media sosial. Jadi kalau nak tahu kenapa, kenalah baca review kipas siling Fiza nie sampai habis. 


Mengenai Ecoluxe


Ecoluxe Malaysia merupakan pengilang kipas siling mewah premium di Malaysia di bawah syarikat Millenium Electrical & Lighting Sdn Bhd yang terletak di Puchong, Selangor. Terkenal sebagai salah satu pembekal kipas siling hiasan terkemuka selama hampir 15 tahun. Mereka telah berada di industri ini sejak tahun 2006 kerana menjual jenama kipas siling tempatan & jenama OEM.

Millenium Electrical & Lighting Sdn Bhd telah memperluas gudang dari 1500 kaki persegi hingga 30,000 kaki persegi untuk memudahkan pengembangan perniagaan & kapasiti siap, yang mensasarkan permintaan masa depan.



“We just make the best fans we can. Not the most fans we can”

Menyedari permintaan tinggi rakyat Malaysia & negara-negara jiran untuk mendapat untuk kipas siling dan kipas dinding untuk tujuan penyejukan. Kipas siling & kipas dinding yang tersedia di pasaran juga agak terhad kepada pilihan atau harga yang agak tinggi untuk kipas DC dan reka bentuk premium. Millenium Electrical & Lighting Sdn Bhd memutuskan untuk mengembangkan jenama Ecoluxe dengan pengalaman lebih dari 15 tahun dan menjaga setiap butiran dari pengeluaran sehingga produk akhir perkhidmatan penjualan.


Kelebihan dan Kebaikan kipas ECOLUXE


🔴 Jimat 30% hingga 50% kegunaan eletrik berbanding dengan kipas yang menggunakan AC motor

🔴 DC motor kipas Ecoluxe adalah ciptaan mengikut teknology terkini dan mempunyai fungsi forward reverse.

🔴 5 tahun jaminan untuk motor kipas


Dapatkan Katalog Kipas ECOLUXE di sini
Kipas ECOLUXE terdiri daripada 4 pilihan siri iaitu Premium, Classic, Luxury dan Titanium. 





Ecoluxe Premium Series Model ECO-333 52" DC Fan

Nak bagi ruang tamu sedap mata memandang. Fiza pilih yang ada lampu. Ada macam-macam design kalau korang tengok dalam katalog Ecoluxe nie. Jadi untuk design yang simple, Fiza pilih untuk tukar kipas jenama D ke Ecoluxe Premium Series Model ECO-333 52" DC Fan. 


Harganya memang mampu milik kerana semua termasuk kos penghantaran dan pemasangan ditampung oleh pihak Ecoluxe. Pembeli hanya perlu memesan kipas yang mereka berkenan, mereka akan urusan semuanya. 


Proses penghantaran dan pemasangan

Dari pengalaman Fiza ini, pihak Ecoluxe mengambil masa hanya 2 hari untuk menghantar kipas yang Fiza order melalui whatsapp. Dengan kata lain tak perlu tunggu lama. Kalau area rumah korang dekat dengan Puchong, rasanya lagi cepat. 

Juruteknik mereka juga berpengalaman mengamalkan SOP yang ditetapkan. Kita sebagai tuan rumah pun perlu memastikan SOP dalam rumah dipatuhi.  

Proses membuka kipas lama

Barangan kipas untuk dipasang

Dikendalikan oleh juruteknik yang berpengalaman

Proses penggantian kipas baru

Juruteknik melaksanakan pemasangan dengan cermat dan teliti

Pemasangan lampu LED


Proses untuk penggantian dan pemasangan tidaklah lama, cuma apabila sampai ke proses mengimbangkan kipas ia mengambil masa hampir 30 minit. Bukan senang nak bagi kipas yang dipasang tidak goyang-goyang atau gelong, tambah pula ia adalah bilah 3. Proses balancing kipas 3 bilah menurut jurutektik adalah lebih sukar jika hendak dibandingkan dengan 5 bilah. 

Barulah faham, rupanya kipas pun perlu buat balancing. Ingatkan kereta je.

Juruteknik menjalankan proses balancing untuk kipas

Sebelum dan selepas

Pilihan warna lampu, boleh disesuaikan ikut mood kita

Siap untuk digunakan

Kipas dengan remote

Servis terbaik dari Juruteknik Ecoluxe


Ecoluxe kipas siling yang berkualiti dengan e-waranti




Dapatkan promo code bagi setiap pembelian kipas Ecoluxe

Ruang tamu rumah Fiza dengan kipas baru

Sekarang dah boleh kurangkan penggunaan penghawa dingin di ruang tamu, sebab kipas Ecoluxe nie pun boleh tahan laju dan sejuk. Tambah pula waktu malam. Boleh la jimat elektrik sepanjang PKP nie.

Istimewa buat pembaca dan follower Fiza, boleh dan Fiza alu-alukan untuk guna Promo code FIZA112 boleh dapat diskaun 20-30%. Harga kipas Ecoluxe direct kilang dan confirm murah. 

Jika berminat, Walk-in atau call dan whatsapp nombor berikut : wa.me/60193111466


#ceilingfan #Ecoluxemalaysia #kipas #ecoluxe #ecoluxefan #ecoluxeceilingfan #ABS #ABSceilingfan #ABSfan #fan #ceilingfan #decorativeceilingfan #fanmalaysia #ceilingfanmalaysia #malaysiafan #malaysiaceilingfan
#solidwoodfan #solidwood 

Post a Comment

6 Comments

  1. Wowwwww terbaik... kipas pun rekaan dia menarik.. bestnye..

    ReplyDelete
  2. Rmah kami on pakai 4 buah kipas lampu hehe senang, jimat space

    ReplyDelete
  3. Memang nampak klass
    siap ada lampu sekali

    ReplyDelete
  4. Bagus jugak kipas jimat elektrik ni. Kalau kat rumah mmg kipas la sentiasa pasang.

    ReplyDelete
  5. Cantiklah kipasnya..siap berlampu..nanti kalau ada nak psg kipas gini blh la contact diorang

    ReplyDelete
  6. Wah this ecolite ceiling fan memang bagus dan design pun cantik, sis nak try juga.

    ReplyDelete