Membeli keperluan bayi di My Baby Expo 2019 di PWTC, Kuala Lumpur

Assalamualaikum. Lama betul terperap dalam draf cerita pergi ke Baby Expo beberapa bulan lepas. Bukan apa banyak betul story morry nak tulis. Ada yang perlu kejar dateline, maka perlu didahulukan.


Membeli keperluan bayi di My Baby Expo 2019 di PWTC, Kuala Lumpur | Ada yang komen, rajinnya pergi jalan-jalan di My Baby Expo. Jawapan yang Fiza bagi bukan rajin tetapi kerana Huwainaa Khayra dipilih untuk menyertai pertandingan akhir Oh Manisnya Anak Mama anjuran kelab mama. Itu sebablah kami ke sini. Berkampung 2 hari pula tu. 


Hari pertama di sini iaitu pada hari Sabtu memang Fiza tidak fokus pada booth yang ada kerana lebih fokus kepada Huwainaa kerana menunggu giliran untuk photoshoot. Tetapi setiap pengunjung yang datang ke sini akan diberikan 3 jenis doorgift berbentuk kupon baucer. Kita pilih nak barang apa dan pergi ke booth tersebut untuk penebusan.







Hari kedua kami di sini iaitu pada petang Ahad, hadir semata-mata untuk mendengar nama pemenang. Ada juga letakkan harapan pada Huwainaa sebab itu kami datang. Sementara hendak menunggu majlis pengumaman pemenang, Fiza pergi ke booth-booth yang ada untuk menebus kupon baucer. 










Keputusan diumumkan dan Huwainaa tidak tersenarai. Tidak apalah tapi kami tetap gembira kerana Huwainaa menang di hati mama, dedi dan abang Thaqif. Paling best dapat banyak doorgift untuk dibawa pulang sampai senget stroller Huwainaa.


Inilah bestnya kalau pergi ekpo, banyak barang percuma kita boleh dapat. Di samping itu  juga, banyak barangan bayi dengan harga yang rendah dan berbaloi.

Begitulah kisah kami ke sini. Wassalam. 

Post a comment

1 Comments