Resipi Lala Kam Heong mudah dan sedap

Assalamualaikum. Kalau pergi ke Restoran Chinese Muslim, menu yang wajib kami pilih adalah Lala Kam Heong. Suami Fiza yang ajar makan sebab dia memang minat sangat dengan masakan Lala sebegini.


Kalau hendak makan di restoran selalu pun susah juga kan. Bukan murah tau. Apa kata kita cuba buat sendiri. Alhamdulillah, memang berjaya. Mudah dan sedap. Fiza kongsikan resipinya.

Bahan-bahan :

  • 1/2 kg Lala
  • 1 sudu udang kering *
  • 3 ulas bawang kecil *
  • 3 ulas bawang putih *
  • Cili kering (ikut kepedasan)
  • Daun kari
  • Pes / rempah kari
  • 1 ulas bawang besar (potong besar)
  • Kicap
  • Minyak masak
  • Garam, gula

Cara Memasak

  1. Panaskan minyak.
  2. Kisarkan bahan bertanda *.
  3. Tumiskan bahan yang telah dikisar sehingga naik wangi.
  4. Masukkan pes kari, cili kering dan daun kari.
  5. Masukkan garam, gula.
  6. Masukkan lala dan bawang besar.
  7. Goreng sehingga lala masak. 
  8. Masukkan kicap dan gaulkan sehingga rata keseluruhan.
  9. Sedia untuk dihidang.



Mudahkan. Modal pun tak seberapa tapi kalau makan di kedai memang mahal. Jadi, jom memasak sendiri. Selamat mencuba.


Wassalam.

Post a Comment

5 Comments

  1. Memang menyelerakan..sedapnya

    ReplyDelete
  2. Ya allah terliur tengok sebab lama tak makan lala. huhu

    ReplyDelete
  3. waaaa.. terima kasih share ni... mmg sedap. saya pun tak pernah lagi masak lala kam heong ni... boleh try. tq utk ilmu ni sis fiza... boleh juga singgah kat blog saya https://semut-senyum.blogspot.com/

    ReplyDelete