Keistimewaan Periuk Nasi Philips Warna Maroon

Assalamualaikum. Kebetulan periuk nasi hadiah pemberian kahwin telah rosak. Al maklumlah hampir 6 tahun guna periuk nasi tersebut. Kemudian, kami menggunakan periuk nasi hasil cabutan bertuah. Pakai tidak sampai 3 bulan terus rosak. 


Keistimewaan Periuk Nasi Philips Warna Maroon | Bila rosak memang perlu cari baru sebabnya kalau tiada periuk nasi memang susah juga nak masak nasi. Sementara nak cari baru memang masa nasi guna dapur gas sahaja.

Suami ada bawa Fiza ke kedai barangan elektrik. Seperti biasa memang datang untuk survey harga. Tiba-tiba berkenan dengan periuk nasi warna maroon. Alamak memang cun sangat.

Ketebalan periuk dengan 5 lapisan
Sytle Fiza, mesti akan bandingkan harga dulu. Apa lagi terus buka Shopee Apps. Tengok harga di Shopee lebih murah dan jimat.


Alhamdulillah, barang sampai dengan selamat. Bukan sahaja warnanya yang cantik Tetapi periuk nasi jenama Philips Daily Collection Jar Rice Cooker HD3129 juga mempunyai keistimewaan yang antaranya tiada dalam periuk nasi lain. 


Spesifikasi produk dan manfaat

  • Golden Pot dengan pemegang besar
  • Smart 3D heating
  • Kapasiti maksimum 2L
  • 48 jam tetap panas
  • Long lasting 5-layer pot  
  • Kapasiti 2L Advanced anti scratch coating untuk periuk tahan lama

User manual
Warranty Card
Harganya pula dalam lingkungan RM 130 - RM 150. Kalau korang rajin survey di Shopee Apps, mungkin akan dapat harga yang lebih murah. Berminat, korang boleh terus ke Shopee Malaysia untuk dapatkan periuk cantik ini.

Layari Shopee Malaysia untuk maklumat lanjut. 

Post a comment

3 Comments

  1. Harga tu sangat berpatutan...warna mmg cantik....nasib baik periuk nasi akak ok lagi..kalau tak...memang mencari la ni...

    ReplyDelete
  2. kak Fa belikan ni untuk hadiah kahwin teacher Iyash.

    ReplyDelete
  3. cantik nyer :)
    terasa aman jer bila nak masak.
    letak atas almari pun terasa mcm perhiasan, kan :)

    ReplyDelete