Find us on Facebook

Resipi Rendang Daging menggunakan Serbuk Rempah Kari Daging Mak Siti

Assalamualaikum. Nak buat rendang tak susah tau. Menu wajib kami kalau beraya. Resipi ini juga Fiza ambil dari mak Fiza sendiri. 


Bahan-bahan untuk 1kg daging: 

  • * 4 biji Bawang Besar 
  • * 6 biji Bawang Putih
  • * Cili kering (ikut kepedas
  • * 1 cm Lengkuas
  • * 2 cm Halia
  • * Serai
  • Daging 
  • Santan Kelapa
  • Kerisik
  • Daun limau purut
  • Asam keping
  • Serbuk Rempah Kari Daging Mak Siti
  • Minyak masak
  • Gula, garam


Cara memasak Rendang Daging : 

  1. Kisarkan kesemua bahan bertanda *.
  2. Panaskan minyak dan tumis kesemua bahan yang dikisar.
  3. Masukkan daging yang telah dipotong kecil.
  4. Masukkan santan.
  5. Tunggu sehingga daging empuk.
  6. Masukkan satu sudu besar rempah kari daging Mak Siti dan tunggu semua ramuan sudah naik minyak.
  7. Masukkan asam keping, daun limau purut dan kerisik.
  8. Kacau sebati. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  9. Siap untuk dihidangkan.

Bahan-bahan untuk rendang daging

Rempah Kari Daging Mak Siti

Kisarkan bahan *

Kisar sehingga halus

Sedia untuk menumis

Masukkan daging

Jangan lupa rempah kari daging Mak Siti

Masukkan 1 sudu rempah

Kacau sehingga naik minyak

Masukkan kerisik, asam keping dan daun limau purut

Siap untuk dihidangkan

Enak dimakan dengan nasi himpit

Daging pun empuk, nyum.. nyum

Hidangan wajib pagi raya





Mudah bukan. Rendang Daging bukan sahaja boleh dimakan pada hari raya, nak makan dengan nasi sebagai lauk pun boleh. Selamat mencuba.


Post a Comment

3 Comments

  1. SEDAPNYA RENDNAG DAGING TU.. MAKAN DENGAN LEMANG PUN SEDAP..

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap dan menyelerakan sungguh..
    Rempah mak siti memang sedap..

    ReplyDelete
  3. menarik resepi nya..
    1st time saya tengok ada rempah kari utk masak rendang.
    thanks share resepi ni, boleh sy try resepi ni nanti

    ReplyDelete