Yuran Tadika Mayang Sari Montessori Tahun 2020

Assalamualaikum. Pencarian tadika untuk hantar Thaqif pada tahun depan masih diteruskan. Kali ini Fiza survey Tadika Mayang Sari pula yang terletak di Bukit Rahman Putra, Sg. Buloh Selangor.


Yuran Tadika Mayang Sari Montessori Tahun 2019 | Sebelum ini Fiza pernah tulis mengenai Yuran Tadika Q-Dees. Setelah pergi bertanya di pejabat Tadika Mayang Sari, yuran bulan adalah RM 230. Pendaftaran awal adalah RM 990. Butiran penuh seperti di bawah.


Jika dibuat kiraan kasar, yuran keseluruhan awal adalah RM 990 termasuk yuran 2 bulan. 10 bulan lagi x RM 230. Jumlah keseluruhan adalah RM 3200. 



Walaupun angkanya kelihatan besar tetapi yuran RM 230 adalah secara bulanan. Tadika ini kalau ikut papan tanda ini terletak dalam kawasan Shah Alam dan ianya berdaftar dengan KPM. Bagi pendapat Fiza yuran di sini kelihatan munasabah dan mampu untuk ditanggung oleh ibu bapa berpendapatan sederhana seperti kami.

Wassalam.

Post a comment

0 Comments