iPhone Pro Max 12 dikatakan cap ayam? Menyirap je dengar

Assalamualaikum. Salam Jumaat sahabat pembaca semua. Pagi-pagi nie kalau boleh nak cool je kan. Tambah pula hari Jumaat, cuaca dengan hujan renyai-renyai. Datang pejabat pun macam sayu je, maklumlah minggu lepas cuti sakan. Minggu nie patutnya dah boleh move on. Tapi kisah semalam di pejabat memang buat Fiza menyirap sedikit.


iPhone Pro Max 12 dikatakan cap ayam? Menyirap je dengar | Bukan nak tayang handphone nie, lagi pun dah basi kan sebab iPhone 13 pun dah keluar. iPhone Pro Max 12 nie pun Fize beli hujung bulan Disember 2020. Baru rasa nak tayang kat blog nie sebelum basi lagi teruk. Nak review iPhone Pro Max 12, tak perlu lah.

Kisah menyirap nie biasa la kalau jenis dengki ke apa. Alahai, kebetulan masa nak scan mySejahtera, lambat pula app tu loading. Selalu juga jadi. Salah app ke salah handphone atau salah line Maxis? Ha siapa boleh jawab.


Masa duk lama depan QRCode nak masuk pejabat, ada mamat jaga pejabat nie tegur, kenapa duduk lama depan tu? Tulah pakai handphone cap ayam. Haaaa tergamam kita. Pastu cepat pulak dia belah. Rasa geram pula dengan mulut si sewel tu. Dengki ke apa. Lagi pun suka hati kitalah nak duduk situ berapa lama pun, dah kat pejabat kan. 


Okay, memikirkan mentaliti low class kan, kita abaikan jela. Cukup luah kat blog nie. Mesti kata mamat tu gurau kan. Bagi kita no gurau-gurau. Rasa sensitif kot.

Pasang camera lens tuk jaga belakang kamera

IG story update

Bagi kita pakai la handphone apa pun tak kisah. Kalau jenis mamat tu nak pakai jenama lain, aku kisah apa. Tak yah nak lekehkan orang lain. Lagipun ada sebab kenapa Fiza suka iPhone. Pelaburan yang tak merugikan bagi mereka yang banyak gunakan smartphone untuk kerja. Kalau beli semata-mata nak menunjuk, terpulang sebab duit korang kan. Kenapa kita nak berdengki.

Sekadar luahan di pagi Jumaat.

Wassalam. 

Post a Comment

2 Comments

  1. Line tu Fiza sebab pernah jadi juga walaupun pakai ip7+ . Mulut orang kan? celupar aje..Lens belakang tu menarik lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita pun syak pasal dengki.. alahai mana ada zaman skrg org dengki dgn tepon. mcm2 jenis ada.. beli la mana suka.. function pun mcm2..

      Delete