McD Minions Jumpsuit Carrier si Bob yang comel, kena rembat cepat!!!

Assalamualaikum. Bello!!! Memang dah save the date untuk dapatkan mende alah kuning nie. Apa lagi kalau bukan Bob Minions. Hari ini Fiza berjaya dapatkan Minions Jumpsuit Carrier, Jumpsuit carrier McD secara drive thru kat McDonalds Bukit Rahman Putra.


McD Minions Jumpsuit Carrier si Bob yang comel, kena rembat cepat!!!| Kebetulan masa drive thru tu tak banyak lagi kereta yang lalu. Tapi kalau ikut giliran yang dorang bagi, Fiza antara pelanggan yang ke-120. 

Nak dapatkan pun senang, beli McD dalam satu resit, kemudian add la si bob nie sekali. Harga Minions Jumpsuit Carrier korang jangan terkejut. Sebab Fiza pun mula-mula terkejut juga, tapi dalam otak pikir mesti besar nie.

Besar kan, tak sabar nak unboxing

Dapat notification kat emel

Belloooo!!!

Comel, nie anak Fiza tak tengok lagi.. tak tahu apa reaksi dia

Carrier nie boleh letak makanan dan minuman McD

Mujur dia buat Bob jadi carrier, kalau si Stuart rasanya mikir banyak kali jugak nak beli.. haha.. jangan tanya kenapalah kan. Yang penting sekarang nie Bob dengan teddy bear dia Tim. Kita dah dapatkan. Korang pun yang minat Minions boleh dapatkan cepat.

Wassalam.
 

Post a Comment

2 Comments