Lata Kashmir di Jeli, jangan buang masa korang lagi

Assalamualaikum. Baru-baru ini Fiza pulang ke kampung. Bila balik kampung, tak kan nak lepak rumah je kan. Habis puas nak la keluar jalan-jalan, teringat tempat yang pernah viral sampai sekarang pun viral lagi. Tapi sebelum korang datang sini, baik korang baca dulu apa yang Fiza nak tulis nie.


Lata Kashmir di Jeli, jangan buang masa korang lagi | Terkenal dengan padang rumput ala berada di Kashmir, persis dan seakan la kot sebab tak pernah pergi Kashmir kan, Lata Kashmir terletak di Jeli, Kelantan. Kalau korang tengok video kat YT, memang korang akan terpesona dengan tempat nie.

Serius cantik kalau dapat bergambar, best lagi kalau dapat berkelah. Jadinya, lepas survey punya survey, sampai sesat jalan, jumpa juga. Lagipun kalau Tanah Merah nak ke Jeli tak la jauh mana, tapi nak cari Lata Kashmir nie yang ambil masa sebab jalan dia pun orang kampung yang tunjukkan. 


Bila sampai kat jambatan, memang eksited sangat, dan air sungai pun deras sebab ada empangan kat depan. Mungkin air tengah dilepaskan. Lepas itu, bila nak masuk sekali tengok pagar ditutup. No wonder la ini tempat jagaan TNB. Mungkin tertalu ramai pengunjung yang datang sampaikan tempat ini sudah tidak dapat dibuka lagi. 


Kecewa memanglah.. jadi kita bergambar kat luar jelah. Dari luar pun boleh nampak memang cantik sangat tempat nie. Niat nk berkelah tu kita tukar ke tempat lain sebab Kelantan nie banyak lata dan sungai. Itu yang kami singgah mandi kat Lata Keding. Boleh baca kat entry lepas.


Bagi pengunjung yang datang ke sini. Harap korang survey betul-betul yer. Mujur kami nie dekat, kalau yang jauh mesti lagi kecewa. Adakah ia akan dibuka semula? entahlah.. jawapannya kena tanya TNB.

Wassalam.

Post a Comment

5 Comments