JOOX meraikan muzik K-Pop dengan membawakan siaran langsung dan Video Atas Permintaan “(VOD)” Anugerah MMA dan 2021 MAMA khas untuk peminat di Malaysia!

Dua anugerah muzik berprestij dan dinanti-nantikan di Asia yang meraikan artis K-Pop popular ini bakal menggegarkan pengguna JOOX di Malaysia.

BTS


Pengaruh muzik K-Pop di peringkat antarabangsa ternyata terus meledak. Tahun 2021 menjadi satu lagi tahun terbaik untuk muzik K-Pop, dimana BTS, BLACKPINK dan ramai lagi terus menawan hati dan halwa telinga peminat di seluruh dunia. JOOX, platform muzik dan hiburan yang paling berdedikasi di Asia mengakhiri tahun 2021 dengan memberi peluang kepada pengguna JOOX untuk menyaksikan bintang K-Pop kesayangan mereka melalui penstriman siaran langsung dan video atas permintaan (VOD) dua anugerah muzik paling berprestij di Korea iaitu 2021 Melon Music Awards (MMA) 2021, dan Mnet ASIAN MUSIC AWARDS (MAMA) yang disiarkan oleh JOOX untuk tahun keenam berturut-turut.

AESPA

2021 MMA

Siapakah antara idola K-Pop kegemaran anda yang akan mencatatkan kejayaan serta mengukir sejarah sebagai artis terbaik dan paling popular 2021? JOOX membawakan MMA 2021 pada 4 Disember 2021 (Sabtu) untuk pengguna JOOX VIP Berbayar, yang akan menampilkan bintang-bintang K-Pop popular seperti 10cm, EXO's Baekhyun, Brave Girls, BTS, IU, Oh My Girl, Rosé BLACKPINK, SHINee dan TWICE bersaing antara satu sama lain untuk dinobatkan sebagai Artis Terbaik MMA!

LISA BLACKPINK

TWICE

ITZY

Pengguna VIP Berbayar akan dihiburkan selama 3 jam tanpa henti menerusi persembahan bertenaga oleh bintang-bintang K-Pop, dan turut sama boleh menyanyi dan menari sepuas hati di dalam keselesaan rumah sendiri, sama ada melalui penstriman siaran langsung ataupun menonton video atas permintaan (VOD).


MMA 2021

(4 Disember)

Majlis Anugerah

(Pengguna JOOX VIP Berbayar Sahaja JOOX*)

Malaysia

5 petang

 *Semua pengguna JOOX boleh menikmati pratonton percuma selama 60 minit.


2021 MAMA


Bintang K-Pop bakal membuktikan mengapa muzik mereka menjadi fenomena global di Anugerah 2021 MAMA yang akan disiarkan secara langsung secara percuma untuk semua pengguna JOOX Malaysia pada 11 Disember 2021 (Sabtu) untuk tahun keenam berturut-turut. Jangan lepaskan acara muzik tahunan yang hebat ini daripada acara karpet merah sehinggalah ke majlis anugerah itu sendiri.

2021 MAMA akan mengukir sejarah tersendiri dimana peminat setia muzik K-Pop dapat menyaksikan penyatuan semula Wanna One, salah sebuah kumpulan K-pop ternama sedekad lalu – yang akan membuat penampilan pertama sejak persembahan terakhir mereka sebagai satu kumpulan pada Januari 2019!

Acara ini akan menampilkan calon-calon popular seperti BTS, IU, BLACKPINK’s Lisa and Rosé, EXO’s KAI, BAEKHYUN, D.O., Kang Daniel, AESPA, ITZY, ENHYPEN, TXT, DAY6, NCT 127, SEVENTEEN, TWICE dan ramai lagi. Siapakah di antara BTS, Stray Kids, NCT 127, NCT Dream, Seventeen, dan TXT yang akan akan dinobatkan sebagai Kumpulan Lelaki Terbaik tahun ini? Dan siapakah yang akan muncul sebagai pemenang dalam kategori Kumpulan Wanita Terbaik, adakah Twice, Red Velvet, ITZY, Oh My Girl, (G)I-DLE, atau Brave Girls? Ketahuinya di MAMA 2021 yang menampilkan hos wanita pertama iaitu ikon K-Pop, Lee Hyori. Untuk maklumat lanjut sila layari laman sesawang rasmi 2021 MAMA.

KANG DANIEL

SEVENTEEN

NCT 127

Poshu Yeung, Senior Vice President of JOOX, menyatakan, “K-Pop ternyata mencatat sejarah tersendiri dan terus mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai salah satu genre muzik terbaik dunia tahun ini, dengan membawa lebih ramai artis K-Pop ke peringkat global. Oleh kerana itu, JOOX sangat berbesar hati dan bangga apabila berpeluang untuk membawakan penstriman secara langsung dan video atas permintaan (VOD) dua anugerah muzik berprestij dan yang paling dinanti-nantikan iaitu Anugerah MMA dan 2021 MAMA kepada peminat K-Pop di seluruh Asia.

Kami tahu bahawa pengguna JOOX tidak akan pernah merasa puas dengan K-Pop, maka kami di sini sentiasa komited untuk memberikan muzik dan hiburan terbaik yang digemari oleh mereka.”

Jangan terlepas lagu, konsert dan acara K-Pop terkini dan yang terhangat! Nikmati muzik K-Pop dan antarabangsa kegemaran anda serta persembahan secara langsung pada bila-bila masa dan di mana sahaja anda berada dengan dengan memuat turun aplikasi mudah alih atau desktop JOOX pada Apple App Store dan Google Play Store. Muat turun sekarang untuk memulakan perjalanan muzik premium anda hari ini!

Post a Comment

1 Comments